KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU: KAJIAN AWAL BERASASKAN SUMBER LISAN

  • Mohamed Ali Haniffa

Abstract

Makalah ini menghuraikan mengenai konflik perkauman yang berlaku selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Polisi pecah dan perintah British telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk yang ketiadaaan peluang berinteraksi di Tanah Melayu. Peminggiran mengikut zon kemakmuran ekonomi telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan pengagihan kekayaan di antara etnik. Pengunduran tentera Jepun memberikan ruang kepada komunis untuk melakukan kezaliman khususnya ketika proses melegitimasikan kuasa mereka. Polarisasi perkauman yang dimulakan oleh tentera Jepun membawa kepada tercetusnya konflik perkauman yang melibatkan orang Melayu dan Cina. Orang Melayu yang dizalimi oleh komunis mula bergantung kepada golongan agamawan dan pemimpin tempatan bagi mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Golongan ulama mula memanifestasikan jihad dan sabilillah sebagai tindakan terakhir dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Kajian ini menggunakan kaedah sumber lisan dalam memberikan gambaran awal terhadap punca tercetusnya konflik perkauman di Tanah Melayu. Di samping itu, kaedah penyelidikan kepustakaan serta penelitian ke atas dokumen arkib turut dilakukan. Hasil kajian mendapati bahawa percaturan kuasa British dan Jepun menyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu sekaligus menjadi faktor penyumbang kepada konflik perkauman. Kajian ini turut membuktikan bahawa kolaborasi di kalangan pemimpin-pemimpin tempatan turut menyumbang kepada tercetusnya semangat nasionalisme awal yang lebih bersifat ke arah pembebasan tanahair.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2017-12-28
How to Cite
HANIFFA, Mohamed Ali. KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU: KAJIAN AWAL BERASASKAN SUMBER LISAN. Jurnal Peradaban, [S.l.], v. 10, p. 16-37, dec. 2017. ISSN 2636-9257. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/view/10168>. Date accessed: 25 feb. 2020. doi: https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol10no1.2.
Section
Articles