Konsep Al-Ibtila’ Menurut Islam: Tinjauan Deskriptif Berdasarkan Beberapa Ayat Al-Quran dan Al-Hadith

Main Article Content

Syed Mohammad Hilmi
Rohaida
Muhammad Hazim

Abstract

Al-Ibtila’ merupakan salah satu topik perbincangan dalam perbahasan al-Qada’ al-Qadar. Ia merupakan satu konsep ujian yang dialami oleh manusia dalam menelusuri kehidupan. Ia perlu difahami agar manusia bersedia dengan apa jua ujian yang mendatang. Dengan menggunakan metode deskriptif yang memfokuskan konsep al-Ibtila’ sebagai topik utama perbincangan, makalah ini membentangkan kefahaman hakikat ujian berpaksikan konsep al-Ibtila’ menurut Islam. Pembinaan kefahaman ini adalah berdasarkan pendefinisian bahasa dan istilah serta beberapa ayat al-Quran dan al-Hadith terpilih. Tuntasnya, hakikat al-Ibtila’ adalah sunnah kehidupan dan dunia adalah negeri ujian. Setiap manusia pasti akan berdepan dengan ujian dan ianya diberi dalam pelbagai bentuk merangkumi kesenangan dan kesusahan mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Ringkasnya, kefahaman terhadap al-Ibtila’ akan meningkatkan lagi penghayatan keimanan terhadap al-Qada’ al-Qadar.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles