IMPLIKASI PENGUASAAN TATABAHASA ARAB TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN PELAJAR ASASI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Authors

  • Wan Rohani Wan Mokhtar
  • Mohd Zaki Abd. Rahman

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bukan sahaja sebagai bahasa ilmu bahkan sebagai bahasa komunikasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab perlu ditiitikberatkan tatabahasa kerana tatabahasa merupakan salah satu faktor mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar di peringkat Asasi, Universiti Awam di Malaysia terhadap tatabahasa Arab, menganalisis tahap penguasaan kemahiran menulis mereka dari segi kesahihan tatabahasa, dan menentukan implikasi penguasaan tatabahasa terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian penguasaan tatabahasa Arab serta ujian kemahiran menulis. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi di Universiti Awam Malaysia. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam kajian ini. Penentuan kesilapan penulisan dibuat berdasarkan penyimpangan sesuatu kaedah dalam sistem tatabahasa Arab standard. Implikasi penguasaan tatabahasa Arab terhadap kemahiran menulis dinilai berdasarkan penguasaan responden dalam tajuk yang diuji dan kemampuan mereka menggunakannya dalam penulisan karangan. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan tatabahasa Arab mempunyai implikasi yang signifikan terhadap kemahiran menulis.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-01-17

Issue

Section

Articles