AKSESIBILITI DAN PEMBENTUKAN KOMUNITI SUBBUDAYA COSPLAY JEPUN DI MALAYSIA ACCESSIBILITY AND THE FORMATION OF JAPANESE COSPLAY SUBCULTURE COMMUNITY IN MALAYSIA

Main Article Content

Rohayati Paidi Asmadi Hassan

Abstract

Subbudaya didefinisikan sebagai gaya hidup alternatif yang diamalkan secara kolektif oleh individu yang tidak semestinya sama dari segi status sosioekonomi, tetapi berinteraksi di antara mereka melalui minat yang sama iaitu objek budaya. Globalisasi telah membolehkan apa-apa bentuk subbudaya luar diamalkan oleh masyarakat tempatan. Pembentukan subbudaya dalam era globalisasi bergantung kepada tiga struktur sosioekonomi iaitu kemajuan dalam teknologi, perkembangan industri budaya dan peningkatan autonomi individu. Kemajuan teknologi membolehkan pengetahuan subbudaya disebarkan di seluruh dunia dengan cepat, secara besar-besaran dan berkesan. Selain itu, perkembangan industri budaya mendorong pengkomersilan produk kreatif yang membolehkan pengguna dapat menggunakan objek budaya dengan mudah. Pada masa yang sama, autonomi individu meningkatkan lagi peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk "membebaskan diri" dari norma-norma masyarakat sedia ada dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kreatif dan/atau luar biasa. Kajian ini membincangkan bagaimana aksesibiliti kepada trait subbudaya cosplay Jepun telah menggalakkan pembentukan subbudaya cosplay Jepun di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
PAIDI, Rohayati; HASSAN, Asmadi. AKSESIBILITI DAN PEMBENTUKAN KOMUNITI SUBBUDAYA COSPLAY JEPUN DI MALAYSIA. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, [S.l.], v. 6, p. 1-26, dec. 2017. ISSN 2180-2076. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JBBJ/article/view/11386>. Date accessed: 21 nov. 2019.
Section
Articles