ISU DALAM PENULISAN DAN PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA JEPUN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN LIMA ISSUES IN THE WRITING AND USAGE OF THE JAPANESE LANGUAGE TEXTBOOK FOR FORM FIVE IN SECONDARY SCHOOLS

Main Article Content

Jamila Mohd
Ooi Guan Lee
Rie Kitade

Abstract

Pada awal tahun 2015, Buku Teks Bahasa Jepun Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Lima telah mula digunakan oleh murid-murid bahasa Jepun Tingkatan Lima di sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Buku teks ini telah dihasilkan dengan teliti berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Jepun Tingkatan Lima, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum proses penulisan bermula, satu kajian dijalankan berkaitan dengan keperluan semasa murid-murid bahasa Jepun Tingkatan Lima. Artikel ini menyorot isu dalam penulisan dan penggunaan buku teks ini. Antara cabaran utama dalam penulisan ialah pemetaan berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Jepun dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Jepun Tingkatan Lima, jumlah muka surat, muka surat berwarna serta hak cipta sumber sokongan. Satu kajian telah dijalankan bagi mendapatkan gambaran jelas tentang penggunaan buku teks ini di sekolah menengah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa buku teks ini diterima baik dan mendapat maklum balas positif. Walau bagaimanapun, analisis kajian juga mendapati kandungan buku teks dan jumlah jam kelas bahasa Jepun adalah tidak seimbang, malahan terdapat permintaan pengisian latihan-latihan ulangkaji berasaskan format Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebilangan guru bahasa Jepun kurang mahir dalam menggunakan buku teks ini. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan murid-murid bahasa Jepun tidak dapat mempelajari kesemua silibus penting bahasa Jepun yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua pihak yang terlibat perlu proaktif dalam menangani perkara ini agar buku teks yang dihasilkan dapat dimanafaatkan sepenuhnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles