ANALISIS KONTRASTIF KATA ADJEKTIF BAHASA JEPUN DENGAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU CONTRASTIVE ANALYSIS OF ADJECTIVES IN MALAY AND JAPANESE LANGUAGE

Main Article Content

Mohd Salleh Wasik
Zaid Md Zin

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kata adjektif bahasa Jepun dengan kata adjektif bahasa Melayu dari sudut morfologi dan semantik iaitu perubahan bentuk kata dan pemakaian kata serta makna dengan berfokuskan penelitian deskriptif kata adjektif dalam buku Nihongo Konnichiwa sebagai bahan sampel. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan permasalahan yang timbul kepada pelajar bahasa Jepun yang sering keliru dan mudah silap dalam penggunaan kata adjektif bahasa Jepun semasa menulis karangan atau pun bertutur secara lisan. Melalui kajian ini, struktur dan sistem kata adjektif antara bahasa Jepun dengan bahasa Melayu dapat difahami dengan jelas dan dapatan kajian ini sangat berguna kepada guru bahasa Jepun bagi merancang sesuatu untuk menangani masalah dalam penguasaan kata adjektif ini. Dapatan kajian ini menunjukkan struktur dan sistem perubahan bentuk kata adjektif antara dua bahasa ini adalah berbeza dari segi pengkelasan kata, perubahan bentuk kata dan penggunaan maksud. Berdasarkan aspek perbezaan inilah yang memungkinkan wujudnya permasalahan kepada pelajar bahasa Jepun dalam pembelajaran bahasa Jepun iaitu gangguan daripada bahasa ibunda. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles