STRATEGI TERJEMAHAN BAHASA FIGURATIF DALAM NOVEL BAHASA JEPUN KE BAHASA MELAYU TRASLATION STRATEGIES OF FIGURATIVE EXPRESSIONS IN JAPANESE LANGUAGE NOVEL TO MALAY LANGUAGE

Main Article Content

Jaafar Jambi Norliah Abdullah

Abstract

Penterjemahan bahasa figuratif adalah satu aspek penterjemahan yang unik dan mencabar kerana seseorang penterjemah bahasa figuratif mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam terhadap bahasa dan budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran yang terlibat. Bahasa figuratif adalah bahasa yang dignnakan untuk memberikan makna secara tidak langsung dengan tujuan untuk memberikan kesan yang mendalam terhadap sesuatu teks. Bahasa figuratif yang dibincangkan dalam kajian ini adalah seperti metonimi, metafora, simili dan   lain-lain. Kajian ini menganalisis terjemahan bahasa figuratif daripada novel bahasa Jepun “Kokoro” ke novel terjemahan bahasa Melayu “Kalbu” untuk mengenal pasti bahasa figuratif dan strategi penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah untuk menterjemah bahasa figuratif. Model strategi penterjemahan bahasa figuratif Mildred L. Larson digunakan dalam analisis ini. Di antara strategi penterjemahannya, a) menterjemah dengan mengekalkan imej atau unsur-unsur bahasa figuratif bahasa sumber, b) menukarkan bahasa figuratif bahasa sumber kepada bentuk simili dan c) menukarkan bahasa figuratif bahasa sumber ke bahasa figuratif bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama.    Analisis strategi terjemahan bahasa figuratif dalam kajian ini menunjukkan strategi menterjemah tanpa mengekalkan unsur-unsur figuratif adalah paling banyak digunakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
JAMBI, Jaafar; ABDULLAH, Norliah. STRATEGI TERJEMAHAN BAHASA FIGURATIF DALAM NOVEL BAHASA JEPUN KE BAHASA MELAYU. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, [S.l.], v. 5, p. 83-104, apr. 2018. ISSN 2180-2076. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JBBJ/article/view/11488>. Date accessed: 15 sep. 2019.
Section
Articles