BUDAYA DAN BAHASA JEPUN: ANALISIS DARI PERSPEKTIF GLOBALISASI JAPANESE CULTURE AND LANGUAGE: A STUDY OF GLOBALIZATION PERSPECTIVE
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimanakah konsep globalisasi boleh digunakan untuk menganalisis perkembangan dan pengkomersilan budaya dan bahasa Jepun. Fokus kajian ini ialah untuk mengetahui selain dari menguasai kekuatan ekonomi, Jepun berhasrat memperluaskan minat masyarakat dunia untuk mempelajari bahasa Jepun dan seterusnya mengamalkan budaya mereka. Justeru itu, kaedah untuk membolehkan mereka mencapai impian tersebut ialah dengan menggunakan media sebagai senjata utama. Walaupun globalisasi boleh disifatkan sebagai sebuah konsep pengurangan kedaulatan negara, keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi, pengecilan dunia dan pengembangan transaksi perdagangan berasaskan pemikiran perdagangan bebas, namun perbuatan lampau yang melabelkan Jepun sebagai penjajah telah menghancurkan reputasi mereka dan nilai kemanusiaan yang cuba dipamerkan oleh mereka sukar dipulihkan. Oleh itu, sebagai akibat dari perbuatan terdahulu telah menyebabkan budaya dan bahasa Jepun agak sukar menguasai pasaran global. Selain itu, hasil kajian ini mendapati bahawa kerajaan Jepun tidak banyak memberi bantuan dalam menglobalisasikan budaya dan bahasa mereka berbanding kerajaan Mexico dan Brazil. Oleh itu, halangan Jepun dalam memperdagangkan budaya dan bahasanya ke peringkat global bukan sahaja datang dari negara jajahannya, malahan juga dari kerajaannya sendiri.
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia