KAJIAN PERSAMAAN MAKNA PERIBAHASA MELAYU DAN PERIBAHASA JEPUN

Main Article Content

ZAID MOHD ZIN
WAN SUHAILA WAN IDRIS

Abstract

Peribahasa adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Masyarakat Melayu dan masyarakat Jepun terkenal dengan kesantunannya dalam mengungkapkan sesuatu perkara yang dapat dicerminkan melalui peribahasa. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk menyenaraikan persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah: 1) Mengenalpasti dan menyenaraikan peribahasa Melayu dan peribahasa Jepun yang mempunyai pertentangan binari. 2) Merumuskan persamaan makna antara peribahsa bahasa Melayu dengan peribahasa bahasa Jepun. Data kajian untuk peribahasa Melayu adalah berdasarkan buku koleksi “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai†oleh Zaitul Azma Zainal Abdin dan Ahmad Fuad Hassan (2011). Manakala data kajian untuk peribahasa Jepun adalah “Nichiei Koji Kotowaza Jiten†oleh Naomi Arimura (1994). Penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan data dikumpulkan menggunakan kaedah kepustakaan. Teori pertentangan binari diterapkan dalam kajian untuk membuktikan kewujudan pertentangan yang ada dalam kedua-dua peribahasa ini. Dapatan kajian ini juga dapat menjadi sumber rujukan terutamanya para pengajar dan pelajar bahasa Jepun di Malaysia untuk memahami persamaan dan perbezaan kedua-dua peribahasa disamping dapat mengenali hubungan antara alam dan budaya dalam penciptaan peribahasa kedua-dua bangsa tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles