PERANAN BAHASA JEPUN DALAM PEMBENTUKAN PERADABAN

Main Article Content

Jaafar Jambi

Abstract

Bahasa merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan sesebuah peradaban. Negara Jepun juga mengalami proses yang sama di mana sejak pengenalan sistem tulisan semasa zaman Nara, bahasa Jepun telah berkembang menjadi suatu medium komunikasi dalam pelbagai sektor kehidupan orang Jepun. Kini bahasa Jepun menjadi bahasa ilmu di semua peringkat pendidikan dan bahasa rasmi dalam semua urusan sosial dan ekonomi negara.


             Perubahan drastik dalam pemerintahan Meiji telah merevolusikan bahasa Jepun sebagai alat kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dan sistem pertahanan negara. Jepun telah menempa kejayaan dalam sektor pembuatan berskala besar dengan penggunaan robot telah menarik minat dunia untuk mempelajari kejayaan tersebut. Ekoran daripada itu, bahasa Jepun juga telah menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan penuntut dan orang awam untuk mempelajarinya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles