PROGRAM BELAJAR KE LUAR NEGARA: MENGAPA JEPUN DAN PENYESUAIAN SOSIOBUDAYA

Main Article Content

Rahimah Muhammad Nor
Asmadi Hassan
Rohayati Paidi

Abstract

Artikel ini membincangkan program belajar ke luar negara dengan menumpukan kepada Jepun. Dua persoalan yang ditumpukan ialah mengapa pelajar memilih Jepun dan penyesuaian sosiobudaya pelajar-pelajar tersebut selama berada di sana. Seramai 245 pelajar Malaysia telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang dijalankan. Soal selidik terbuka telah dikemukakan bagi membolehkan pengkaji mengetahui pengalaman yang diperolehi oleh responden. Melalui analisis kandungan mendapati bahawa tiga faktor utama mempengaruhi keputusan responden untuk belajar di Jepun iaitu tertarik dengan keunikan budaya Jepun, mengagumi teknologi dan Bahasa Jepun. Hasil kajian juga mendapati enam elemen penyesuaian sosiobudaya seperti persekitaran sosial, pengurusan masa, perubahan peribadi, hubungan sosial, perbezaan budaya dan komunikasi. Kajian ini memberikan gambaran bahawa perjalanan tanpa sempadan memberi peluang kepada generasi muda meningkatkan penyesuaian antara budaya terhadap persekitaran baru, mempengaruhi usaha peribadi dan berfikiran global. Sementara itu, tahun penuh akademik di luar negara mempengaruhi penguasaan bahasa asing mereka dan menjadi lebih kompetitif bagi kerjaya di peringkat global. Program belajar di luar negara sebagai salah satu strategi untuk membantu pelajar membangunkan pengetahuan, sikap dan kemahiran bagi berhadapan dengan cabaran globalisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles