Pendahuluan

Jurnal Pengajian India merupakan sebuah jurnal tahunan yang diterbitkan oleh jabatan Pengajian India, Universiti Malaya.

Jurnal ini bertujuan untuk menyediakan wadah bagi menerbitkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh barisan tenaga pengajar di Jabatan Pengajian India.

Jurnal ini menerima artikel berbentuk ilmiah ditulis dalam Bahasa-bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk penerbitan.

Harus ditegaskan bahawa dapatan dan pandangan dikemukakan dalam bentuk artikel-artikel yang diterbitkan tidak semestinya merupakan pendapat editor mahupun barisan pengarang atau Jabatan Pengajian India.

Penerbitan jurnal ini dibiayai oleh peruntukan dari Tabung Amanah All-Malaya Nattukkottai Chettiyar yang diselenggara di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsaan) Universiti Malaya