https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/issue/feedJurnal Pengajian Melayu (JOMAS)2025-11-27T06:15:01+08:00Dr. Nurul Haniza Samsudinjomas@um.edu.myOpen Journal Systems
Jurnal Pengajian Melayu or the Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) is published biannually in April and October by the Academy of Malay Studies, Universiti Malaya. (Previously published annually until 2021, Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies, JOMAS) recently started to publish biannually). The journal publishes original articles based on professional policies, practices and progress in the field of Malay studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining to the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among experts and professionals to introduce new thoughts, concepts, theories and systems. This journal uses double-blind review, which means that both the reviewer’s and author’s identities are concealed from each other and vice versa, throughout the review process.

Jurnal Pengajian Melayu atau Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) diterbitkan dua kali setahun pada April dan Oktober oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Sebelum ini diterbitkan satu kali setahun sehingga 2021 dan kini mula diterbitkan dua kali setahun). Jurnal ini menerbitkan artikel asal berbentuk dasar profesional, amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal ini menerima artikel dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris berkaitan dengan Alam Melayu. Jurnal ini menyediakan forum untuk komunikasi dalam kalangan pakar dan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baharu, konsep, teori dan sistem. Jurnal ini menggunakan semakan setara dua pihak, iaitu identiti penilai dan penulis dirahsiakan antara satu sama lain dan begitu juga sebaliknya sepanjang proses penilaian dilakukan.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66240PELUANG DAN HARAPAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI SELETAR: KAJIAN KES DI KAMPUNG SUNGAI TEMON, JOHOR BAHRU2025-11-27T05:06:22+08:00Syamil Imran Shamsirsyamilimran97@gmail.comMashrom Mudamashrom@um.edu.my Zamre Abu Hassanzamree@um.edu.my
ABSTRAK

Orang Asli Seletar merupakan salah satu kaum orang asli di Malaysia yang berada di bawah komuniti orang laut. Kehidupan dan kebudayaan mereka berkait rapat dengan dunia laut. Bagi masyarakat Orang Asli Seletar, laut bukan hanya sebagai tempat mereka mencari rezeki demi menyara keluarga semata-mata. Malah, laut juga telah menjadi sebahagian daripada identiti orang asli Seletar itu sendiri. Oleh sebab itu, kebanyakan aktiviti sosioekonomi Orang Asli Seletar mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan laut. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peluang dan halangan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli Seletar di Kampung Sungai Temon, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif seperti kaedah temu bual secara mendalam, pemerhatian turut serta dan kaedah kepustakaan. Seramai lima orang informan telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pemerhatian turut serta juga telah dilakukan bagi mendapatkan bahan bukti untuk menyokong maklumat yang diperolehi semasa sesi temu bual. Hasil daripada kajian mendapati bahawa masyarakat orang asli Seletar di Kampung Sungai Temon telah menjalankan dua kegiatan ekonomi yang utama iaitu penternakan kupang dan perusahaan restoran makanan laut. Kajian ini juga mendapati bagaimana komuniti orang asli Seletar di Kampung Sungai Temon mengusahakan kerja-kerja penternakan kupang dan perusahaan restoran makanan laut milik mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua kegiatan ekonomi ini turut mendatangkan cabaran kepada komuniti orang asli Seletar akibat daripada kerja-kerja penambakan laut yang berlaku di sekitar perairan Selat Tebrau. Oleh yang demikian, kajian ini penting bagi mendokumentasikan tentang kegigihan komuniti orang asli Seletar dalam menjalankan kegiatan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup serta taraf ekonomi mereka.

Kata kunci: kegiatan ekonomi; orang asli; orang Seletar; peluang; halangan

ABSTRACT

The Seletar Orang Asli are one of the indigenous groups in Malaysia belonging to the Orang Laut (Sea People) community. Their lives and culture are closely connected to the maritime world. For the Seletar community, the sea is not only a place to earn a living to support their families, but also an integral part of their collective identity. Consequently, most of the Seletar people’s socioeconomic activities are deeply intertwined with the sea. This study aims to explain the opportunities and challenges faced by Seletar community in carrying out their economic activities in Kampung Sungai Temon, Johor Bahru. The study was using a qualitative approach such as in-depth interview, participant observation, and literature reviews. A total of five informants were interviewed to obtain the necessary information. Participant observation was also conducted to gather supporting evidence for data obtained during interviews. The findings reveal that the Seletar community in Kampung Sungai Temon is primarily involved in two main socioeconomic activities, mussel farming and seafood restaurant business. The study also highlights how the community manages and sustains these ventures. However, both activities face significant challenges due to land reclamation projects taking place around the waters of the Tebrau Strait. Therefore, this study is important to document the perseverance and resilience of the Seletar Orang Asli community in carrying out socioeconomic activities aimed to improve their standard of living and economic well-being.

Keywords: Economic activity; indigenous people; Seletar community; opportunity; obstacle

2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66241PUISI ETNIK SULUK DI SABAH2025-11-27T05:21:28+08:00Asmiaty Amatasmiaty@ums.edu.myNurhasan Danialmynurdanial@gmail.comNelson Dinonelsondino@msutawi-tawi-tawi.edu.ph
ABSTRAK

Etnik Suluk merupakan salah satu etnik peribumi yang mendiami kawasan pesisir negeri Sabah yang memiliki sejarah yang cukup panjang. Sejarah Kesultanan Sulu yang pernah berkuasa di selatan Filipina seringkali menuntut Sabah sebagai salah satu wilayah tadbir mereka. Oleh hal yang demikian, tanggapan masyarakat terhadap orang Suluk di Sabah agak berbelah bahagi. Meskipun mereka seringkali dikategorikan sebagai imigran dari Filipina, masyarakat Suluk sebenarnya termasuk dalam kelompok peribumi Sabah yang memberikan sumbangan penting terhadap pembangunan budaya dan sosial negeri ini. Mereka memiliki kebudayaan yang beragam serta warisan seni sastera yang bernilai dan harus ditelusuri dan diperkenalkan kepada masyarakat. Kajian lapangan ini melibatkan enam informan utama yang berperanan sebagai pakar sastera Suluk di Sabah, dengan tujuan mengenal pasti dan menonjolkan bentuk puisi yang dimiliki etnik ini. Pengumpulan data yang julung-julung kali dilakukan bertujuan untuk mendokumentasikan puisi tradisi etnik ini kerana ia dapat mencirikan identiti etnik tersebut selain memperlihatkan keunikan dan keindahannya. Data yang telah diperoleh daripada temubual dan pemerhatian di lapangan dianalisis menggunakan Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Pendekatan yang memperincikan tentang pendekatan alamiah, gunaan, moral dan firasat menunjukkan bahawa seni puisi orang Suluk bukan sahaja indah dan beragam tetapi memiliki nilai falsafah yang tinggi sejajar dengan maksud kesusasteraaan itu sendiri, dulce et utile, indah dan bermanfaat.

Kata Kunci: Sabah; Suluk; puisi; Pengkaedahan Melayu; identiti

ABSTRACT

The Suluk ethnic group is one of the indigenous communities inhabiting the coastal areas of Sabah and possesses a long and complex history. The history of the Sulu Sultanate, which once ruled southern Philippines, has often included territorial claims over Sabah as part of its administrative domain. Consequently, public perceptions of the Suluk people in Sabah have been divided. Although they are frequently classified as immigrants from the Philippines, the Suluk community is, in fact, part of Sabah’s indigenous population and has made significant contributions to the state’s cultural and social development. They possess a rich and diverse culture, along with a valuable literary and artistic heritage that deserves to be explored and introduced to the wider community. This field study involved six key informants who serve as Suluk literary experts in Sabah, with the aim of identifying and highlighting the poetic forms unique to this ethnic group. This pioneering data collection was undertaken to document the traditional poetry of the Suluk people, as it reflects their ethnic identity while showcasing its uniqueness and aesthetic beauty. The data obtained from interviews and observations were analyzed using the Pengkaedahan Melayu (Malay Methodology) introduced by Hashim Awang. This approach, which emphasizes the natural, utilitarian, moral, and intuitive dimensions, reveals that Suluk poetry is not only beautiful and diverse but also embodies profound philosophical values consistent with the true essence of literature itself, dulce et utile, that which is both beautiful and beneficial.

Keywords: Sabah; Suluk; poetry; Malay Methodology; identity
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66243AHMAD WAHID DAN PENGKRITIKNYA2025-11-27T05:28:42+08:00Ahmad Nabil Amirnabiller2002@gmail.comTasnim Abdul Rahmantasnimrahman@unisza.edu.my
ABSTRAK

Makalah ini meninjau pemikiran Ahmad Wahib (1942–1973) serta reaksi pengkritiknya dalam kalangan puak konservatif dan ortodoks di Indonesia. Isu utama yang diketengahkan ialah bentuk kritikan yang dilontarkan terhadap gagasan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Wahib, yang sering dianggap bertentangan dengan pandangan arus perdana. Kajian ini menganalisis pergulatan idea Wahib berhubung isu keagamaan, sosial, dan pengalaman hidupnya dalam masyarakat majmuk Indonesia. Penelitian ini menelusuri catatan harian Ahmad Wahib yang memaparkan pandangan beliau tentang etika, hukum, sastera, politik dan sosial. Catatan tersebut memperlihatkan ketajaman pemikiran Wahib sebagai intelektual muda yang kritis terhadap kejumudan beragama dan menyeru kepada tafsiran Islam yang lebih rasional serta kontekstual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk penelitian kepustakaan dan dokumentari, dengan analisis deskriptif, komparatif, historis dan analitis terhadap karya-karya Wahib dan tulisan yang berkaitan dengan pemikiran serta kritik sosialnya. Hasil kajian merumuskan bahawa Ahmad Wahib ialah tokoh reformis Islam moderat yang menekankan nilai kebebasan, rasionalisme, dan kemanusiaan. Pemikirannya membuka ruang kepada perbincangan baharu dalam wacana Islam moden di Indonesia. Kajian lanjutan disarankan untuk meneliti perbandingan pemikiran Wahib dengan tokoh seperti Nurcholish Madjid dan Harun Nasution, serta pengaruhnya terhadap generasi muda Islam kontemporari. Pendekatan interdisiplin yang menggabungkan falsafah, sosiologi agama dan hermeneutik moden juga dicadangkan bagi memperluas pemahaman terhadap dimensi kemanusiaan dalam gagasan Wahib.

Kata kunci: Ahmad Wahib; kritik; pemikiran; pembaharuan; Himpunan Mahasiswa Islam (HMI)

Abstract

This paper examines the thoughts of Ahmad Wahib (1942–1973) and the reactions of his critics among conservative and orthodox groups in Indonesia. The main issue highlighted is the nature of the criticisms directed at Wahib’s ideas of Islamic reform, which were often perceived as opposing mainstream religious views. The study analyses Wahib’s intellectual struggles concerning religious and social issues, as well as his experiences living within Indonesia’s pluralistic society. The research traces Ahmad Wahib’s personal journals, which reveal his views on ethics, law, literature, politics, and society. These writings demonstrate Wahib’s intellectual sharpness as a young thinker who was critical of religious rigidity and who advocated a more rational and contextual interpretation of Islam. The study employs a qualitative approach based on library and documentary research, using descriptive, comparative, historical, and analytical methods to examine Wahib’s works and other writings related to his social thoughts and critiques. The findings conclude that Ahmad Wahib was a moderate Islamic reformist who emphasized the values of freedom, rationalism, and humanism. His ideas opened new spaces for discussion within the discourse of modern Islam in Indonesia. Further research is recommended to compare Wahib’s ideas with those of figures such as Nurcholish Madjid and Harun Nasution, as well as to explore his influence on the younger generation of contemporary Muslims. An interdisciplinary approach combining philosophy, sociology of religion, and modern hermeneutics is also suggested to deepen understanding of the humanistic dimensions in Wahib’s intellectual framework.

Keywords: Ahmad Wahib; critique; thought; reform; Himpunan Mahasiswa Islam (HMI)
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66244REPRESENTASI IDEOLOGI ABDUL KARIM AMRULLAH MELALUI WACANA NIKAH CINA BUTA DALAM KITAB PEMBUKA MATA2025-11-27T05:34:02+08:00Muhammad Sadiq Mohd Salihoddinsadiqsalihoddin@qq.comMohd Taufik Arridzo Mohd Balwitaufik@um.edu.my
Makalah ini memperkukuh pandangan pemikir-pemikir aliran teori kritis yang menolak pegangan aliran positivisme, iaitu keneutralan dan keobjektifan ilmu. Setiap ilmu adalah tidak neutral kerana terdapat ideologi yang mendasarinya meskipun tidak diperlihatkan secara jelas. Makalah ini membuktikan ketidakneutralan ilmu itu dengan mengkaji kitab yang dikarang oleh seorang ulama Alam Melayu yang tersohor dari Minangkabau, iaitu Abdul Karim Amrullah (lebih dikenali sebagai Haji Rasul). Beliau merupakan bapa kepada ulama dan sasterawan terkenal, iaitu Hamka. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mendeskripsikan kitab Pembuka Mata karangan Haji Rasul berdasarkan pendekatan Alur Penelitian Filologi oleh Oman Fathurrahman (2015) dan menganalisis kandungan kitab berkenaan dari segi hubung kaitnya dengan dimensi amalan sosial (ideologi) berdasarkan pendekatan Analisis Wacana Kritis oleh Fairclough (1989). Kajian ini mendapati struktur teks kitab Pembuka Mata ditulis dengan tersusun selari dengan hujah yang ilmiah dan terperinci. Walaupun kitab ini bersifat ilmiah yang membahaskan hukum nikah secara Cina buta dari perspektif pelbagai mazhab, didapati penulisannya tidak terlepas daripada ideologi aliran Muhammadiyah yang dianutinya, iaitu bersifat terbuka dalam hal ehwal fiqah dan mengangkat peranan akal serta menolak taklid buta. Kajian ini berjaya membincangkan satu kitab nadir yang bertulisan Jawi secara tersurat dan tersirat. Implikasi kajian ini dari segi epistemologi, iaitu membuktikan ilmu adalah tidak bersifat objektif dan neutral meskipun disampaikan dalam bentuk buku ilmiah. Hal ini penting kerana apabila hal-hal yang berkaitan ideologi tersembunyi itu tidak dibongkar, maka lebih mudahlah pengaruh-pengaruh Barat yang tidak sesuai dengan falsafah orang Melayu menyusup ke dalam dunia pengajian Melayu dan ini secara tidak langsung akan meminggirkan nilai-nilai tempatan yang terhasil daripada kearifan sendiri.

Kata Kunci: Haji Rasul; nikah Cina buta; Analisis Wacana Kritis; ideologi; analisis teks

ABSTRACT

This paper reinforces the stance of critical theorists who reject the positivist assumptions of neutrality and objectivity in knowledge. All knowledge is inherently non-neutral, as it is underpinned by certain ideology, even when these are not explicitly stated. The non-neutrality of knowledge is demonstrated through an analysis of a text authored by the renowned Minangkabau scholar Abdul Karim Amrullah (better known as Haji Rasul), who was the father of the distinguished scholar and literary figure Hamka. The objectives of this study are to describe kitab Pembuka Mata written by Haji Rasul using the Philological Research Framework (Alur Penelitian Fisiologi) proposed by Oman Fathurrahman's (2015), and to analyze the content of the text in relation to the dimension of social practice (ideology) through Fairclough's Critical Discourse Analysis approach (1989). The study finds that the textual structure of kitab Pembuka Mata is systematically organized, and presented with detailed scholarly arguments. Although the text is academic in nature, discussing the Islamic legal issue of nikah Cina buta (a form of remarriage) from multiple jurisprudential perspectives, it nevertheless reflects the author's Muhammadiyah ideological orientation, characterised by openness in matters of fiqh jurisprudence, the elevation of reason, and the rejection of blind adherence (taqlid). This study successfully explicates a rare Jawi manuscript both in its explicit and implicit dimensions. From an epistemological perspective, the study affirms that knowledge is neither objective nor neutral, even when conveyed through scholarly writing. This is important because when hidden ideological elements are not uncovered, it becomes easier for Western influences that are incompatible with the Malay philosophical worldview to infiltrate the field of Malay studies, thereby indirectly marginalizing local values that stem from indigenous wisdom.

Keywords: Haji Rasul; nikah Cina buta; Critical Discourse Analysis; ideology; textual analysis
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66245LEKSIKAL ‘KAKI’ DALAM KORPUS SIMPULAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF2025-11-27T05:41:58+08:00Nuraiwahidah Ahmadainwahidah1520@gmail.comAnida Sarudinanida@fbk.upsi.edu.myMohd Sufian Ismailsufian@ipgmipoh.edu.myMaulana Al-Fin Che Manmaulanaalfincheman@gmail.comMohd Amir Mohd Zahariamir.mz@fbk.upsi.edu.myMohamad Nik Mat Peletnikmat@uitm.edu.myRohayati Junaidirohayati@fbk.upsi.edu.my
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menganalisis simpulan bahasa Melayu, iaitu leksikal “kaki” dengan menggunakan korpus berdasarkan Semantik Inkuisitif. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif, iaitu analisis dokumen. Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti simpulan bahasa berdasarkan leksikal “kaki” dan semantik inkuisitif digunakan untuk mendapatkan makna yang lebih mendalam. Kajian ini berfokus kepada empat simpulan bahasa yang mempunyai leksikal “kaki” dalam korpus. Hasil dapatan menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu positif dan negatif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep “kaki” merujuk kepada bahagian yang terdapat pada anggota badan, iaitu dari pinggang ke hujung jari dan secara tidak langsung kaki merupakan salah satu daripada anggota badan yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Dapatan ini juga dapat memberi gambaran keseluruhan terhadap penggunaan leksikal “kaki” selain mengetahui makna secara harfiah. Implikasi bagi kajian ini ialah guru dan murid dapat memahami maksud bukan sahaja secara harfiah namun dapat memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai simpulan bahasa. Selain itu, kajian ini juga merupakan pendedahan awal kepada murid sekolah menengah mengenai korpus untuk mereka mencari contoh teks yang berkenaan. Kajian semantik inkuisitif dapat menghuraikan makna sebenar simpulan bahasa tersebut yang memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dalam menggunakan leksikal “kaki” bagi mencerminkan atau menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat.

Kata kunci : simpulan bahasa; leksikal; kaki; semantik inkuisitif; korpus

ABSTRACT

This study aims to analyze Malay idioms, specifically the lexical item “kaki” (foot/ leg) using a corpus-based approach grounded in Inquisitive Semantics. The research methodology adopts a qualitative methodology through document analysis. A checklist was used to identify idioms containing the lexical item “kaki”, while the Inquisitive semantic framework is applied to obtain deeper meanings. This study focuses on four idioms that include the lexical item “kaki” within the corpus. The findings indicate that these idioms can be divided into two main domains: positive and negative. The study reveals that the concept of “kaki” refers to the part of the body, specifically from the waist to the toes, and is indirectly associated with frequent usage in daily activities. These findings also provide an overview of how the lexical item “kaki” is used, extending beyond its literal meaning. The implication of this study suggest that teachers and students can gain not only literal but also deeper comprehension of idioms. Furthermore, this study also serves as an initial introduction for secondary school students to corpus-based studies, enabling them to locate relevant text examples. The application of inquisitive semantics successfully elucidates the true meanings of these idioms, reflecting the wisdom of Malay community in early times in using the lexical item “kaki” to convey implicit messages and cultural insight.

Keywords : language Inference; lexical; leg; inquisitive semantics; corpus
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66248CULTURAL SYMBOLISM BEHIND THE WOVEN MOTIFS OF THE IRANUN IN SABAH2025-11-27T05:59:21+08:00Juita Jaafar Manapjuitajaafar@gmail.comArba’iyah Abd Azizarbaiyah@salam.uitm.edu.my
ABSTRACT

The Iranun people, an indigenous community native to Sabah, Malaysia, are renowned for their woven textiles that embody a rich cultural heritage. Despite their significance, the symbolic meanings of these motifs remain underexplored, particularly from a semiotic perspective. These woven textiles function not only as utilitarian objects but also as repositories of cultural symbols reflecting the Iranun people’s history, identity, and worldview. This study aims to identify the symbolism and cultural relevance of ten distinct types of Iranun woven textiles. Two primary methods were applied: interviews with skilled weavers and fieldwork involving visual analysis. Data were collected through ethnographic fieldwork, comprising interviews with Iranun master weavers and cultural experts, as well as visual examination of three textile samples. Drawing upon Ferdinand de Saussure’s semiotic theory as the methodological framework, the study interprets the embedded signs and symbols within the motifs and examines their role as signifiers in the broader cultural system. The findings reveal that the motifs encapsulate complex narratives connected to Iranun customs, social hierarchies, and historical interactions, often blending indigenous and external influences. The study contributes to the understanding of Iranun cultural heritage by demonstrating the interplay between visual art and social values. It also recommends future comparative research between the weaving practices of the Iranun in Sabah, Malaysia, and those in Mindanao, Philippines.

Keywords: Iranun; cultural symbolism; woven motifs; semiotics; textile heritage

ABSTRAK

Kaum Iranun ialah komuniti peribumi yang berasal dari Sabah, Malaysia, dan terkenal dengan hasil tekstil tenunan yang melambangkan kekayaan warisan budaya mereka. Walaupun mempunyai kepentingan yang besar, simbolisme motif tenunan kaum ini masih kurang diterokai, khususnya dari perspektif semiotik. Tekstil tenunan bukan sekadar berfungsi sebagai barangan kegunaan harian, malah menjadi wadah simbol budaya yang mencerminkan sejarah, identiti dan pandangan dunia masyarakat Iranun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti simbolisme dan perkaitan budaya bagi sepuluh jenis tekstil tenunan Iranun yang berbeza. Dua kaedah utama digunakan, iaitu temu bual bersama penenun mahir dan kerja lapangan yang melibatkan analisis visual. Data diperoleh melalui pendekatan etnografi yang merangkumi temu bual dengan penenun utama serta pakar budaya Iranun dan analisis visual terhadap tiga sampel tekstil tenunan. Berdasarkan teori semiotik Ferdinand de Saussure sebagai rangka kerja metodologi, kajian ini menghuraikan tanda dan simbol yang tertanam dalam motif serta meneliti peranannya sebagai penanda dalam sistem budaya yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa motif tenunan Iranun memuatkan naratif yang kompleks berkaitan adat, hierarki sosial, dan interaksi sejarah yang sering menggabungkan pengaruh budaya tempatan serta luar. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman warisan budaya kaum Iranun dengan memperlihatkan interaksi antara seni visual dan nilai kemasyarakatan. Kajian turut mencadangkan agar penyelidikan perbandingan dilakukan antara amalan tenunan Iranun di Sabah, Malaysia, dan di Mindanao, Filipina.

Kata kunci:  Iranun; simbolisme budaya; motif tenunan; semiotik; warisan tekstil
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66249ANALISIS BIBLIOMETRIK TERHADAP PERKEMBANGAN KAJIAN BAHASA MELAYU: TINJAUAN MELALUI VOSVIEWER2025-11-27T06:03:18+08:00Muhammad Hafis Mohd Hussainhafishussain@uitm.edu.myNorhapizah Mohd Burhanizahuiaum@uitm.edu.myRamlan Mustapharamlan@uitm.edu.myAsjad Mohamedasjad@uitm.edu.mySurita Hartini Mat Hassansuritahartini@uitm.edu.myMohd Khairi Ismailkhairiismail@uitm.edu.myArwansyah Kirinarwansyah@uthm.edu.my
ABSTRAK

Kajian terhadap bahasa Melayu telah berkembang pesat seiring dengan perubahan landskap akademik global, namun kajian yang menyentuh secara menyeluruh masih belum mencukupi terutamanya dalam menilai pola penyelidikan, tema utama dan kolaborasi akademik berkaitan bidang ini. Kekurangan tinjauan kuantitatif terhadap penerbitan bahasa Melayu menimbulkan persoalan tentang arah perkembangan dan potensi penyelidikan masa hadapan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menganalisis perkembangan penyelidikan bahasa Melayu melalui pendekatan bibliometrik dengan tumpuan kepada trend penerbitan, penyelidik serta institusi utama, tema kajian dominan dan pola kolaborasi. Data dikumpulkan daripada pangkalan Scopus menggunakan kata kunci “Bahasa Melayu”, “Malay Linguistics”, dan “Malay Language” tanpa had tahun permulaan bagi memastikan liputan menyeluruh, manakala tahun akhir ditetapkan pada 2024. Analisis dilakukan menggunakan perisian VOSviewer, melibatkan analisis temporal, sitasi dan jaringan kolaborasi bagi memetakan hubungan antara kata kunci, tema penyelidikan, institusi dan negara. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam penerbitan selepas tahun 2000 dengan kemuncak pada dekad 2010–2019. Kueh Y.C. dan Kuan G. dikenal pasti sebagai penyelidik paling produktif, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan institusi paling aktif. Tema penyelidikan utama tertumpu pada bidang sains sosial, seni dan kemanusiaan, serta sains komputer. Dari segi kolaborasi, Malaysia muncul sebagai pusat utama jaringan global. Kajian ini bukan sahaja memberikan gambaran holistik tentang landskap penyelidikan bahasa Melayu, tetapi juga mengenal pasti jurang yang wujud dalam penyelidikan terdahulu. Implikasinya, hasil ini boleh dijadikan asas bagi membangunkan strategi kolaborasi serantau dan menggalakkan kajian lanjutan yang meneliti dimensi baharu seperti digitalisasi, teknologi bahasa dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing.

Kata kunci: bibliometrik, VOSviewer, bahasa Melayu, trend penerbitan, pola kolaborasi, tema kajian

Abstract

Research on the Malay language have developed rapidly in tandem with the changing global academic landscape. However, comprehensive studies remain limited, particularly in evaluating research patterns, major themes, and academic collaborations related to this field. The lack of quantitative reviews of Malay language publications raises questions regarding the direction of its development and future research potential. Therefore, this study was conducted to analyze the progress of Malay-language research through a bibliometric approach, focusing on publication trends, leading researchers and institutions, dominant research themes, and collaboration. Data were collected from the Scopus database using the keywords “Bahasa Melayu,” “Malay Linguistics,” and “Malay Language” without starting year restriction to ensure comprehensive coverage, while the final year was set at 2024. Analysis was conducted using VOSviewer software, involving temporal, citation, and collaboration network analyses to map relationships between keywords, research themes, institutions, and countries. The findings indicate a significant increase in publications after the year 2000, peaking during the decade 2010–2019. Kueh Y.C. and Kuan G. were identified as the most productive researchers, while the National University of Malaysia (UKM) emerged as the most active institution. The dominant research themes were concentrated in the fields of social sciences, arts and humanities, and computer science. In terms of collaboration, Malaysia appeared as the central hub of the global network. This study not only provides a holistic overview of the Malay language research landscape but also identifies existing gaps in previous studies. Its implications serve a foundation for developing regional collaboration strategies and encouraging future research into emerging dimensions such as digitalization, language technology, and Malay language learning for non-native speakers.

Keywords: bibliometric; VOSviewer; Malay Language; publication trends; collaboration patterns; research themes
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66251CRITIQUE OF THE SUBORDINATION OF RELIGION BY THE JAVANESE STATE IN HIKAYAT MARESKALEK2025-11-27T06:15:01+08:00Riqko Nur Ardi Windayantoriqko.nur@ui.ac.id
ABSTRACT

This study discusses the critique of the subordination of the state’s subordination of religion in Abdullah bin Muhammad al-Misri’s Hikayat Mareskalek, revealed through the interpretation of the episode depicting the encounter between Mareskalek and Susuhunan Kalijaga. This topic is examined due to its relevance to the relationship between the state and religion, offering insights into the author’s ideas underlying the critique. The study addresses two main issues: the meaning of the encounter between the two characters and the implications of the critique embedded in it. This study aims to generate knowledge about the state-religion relationship as a critical reflection on the role of religion in the formation of the nation-state. Methodologically, this study applies Mieke Bal’s narratology theory (particularly the concept of actor opposition) and hermeneutic interpretation to address the first issue, while dialectical analysis is used to examine the critical context pertaining to the second issue. This study shows that the encounter between the two characters builds an oppositional relationship that symbolically critiques the Javanese state (the Mataram–Surakarta Sultanate), which subordinated Islam to political power by transforming the title susuhunan from a spiritual saint (wali) to a royal title. al-Misri emphasizes the importance of state and the religion being equal in status, and the role of religious scholars (ulama) as a central consultive authority, based on Wahhabi thought in the 19th century. Based on these findings, it can be concluded that Hikayat Mareskalek is not merely a work of fiction, but a piece that offers political ideas as a critical reflection relevant to contemporary debates on the relationship between the state and religion.

Keywords: religion-state; Hikayat Mareskalek; Java; Malay literature; subordination

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan kritikan terhadap subordinasi agama oleh negara dalam Hikayat Mareskalek karya Abdullah bin Muhammad al-Misri yang diungkap melalui penafsiran episod pertemuan antara Mareskalek dan Susuhunan Kalijaga. Topik ini dikaji kerana berkaitan dengan hubungan antara negara dan agama, serta memperlihatkan gagasan pengarang yang mendasari kritikan tersebut. Berdasarkan pertimbangan itu, kajian ini menjawab dua persoalan utama, iaitu makna pertemuan kedua-dua tokoh dan implikasi kritikan yang terkandung di dalamnya. Tujuan kajian ini ialah untuk menghasilkan pengetahuan baru tentang hubungan antara negara dan agama sebagai refleksi kritikal dalam menilai peranan agama dalam pembentukan negara-bangsa. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan teori naratologi, khususnya konsep oposisi watak oleh Mieke Bal, serta tafsiran hermeneutik untuk menjawab persoalan pertama, manakala analisis dialektik digunakan untuk meneliti konteks kritikan bagi menjawab persoalan kedua. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertemuan kedua-dua tokoh membentuk hubungan oposisi yang secara simbolik mengkritik negara Jawa (Kesultanan Mataram—Surakarta) yang telah menundukkan Islam demi kepentingan kekuasaan melalui transformasi gelaran susuhunan daripada gelaran wali menjadi gelaran raja. Al-Misri menekankan kepentingan agar negara dan agama berada pada kedudukan yang setara serta peranan ulama sebagai pihak berautoriti dalam konsultasi politik, berasaskan pemikiran Wahabi abad ke-19. Berdasarkan penemuan ini, dapat disimpulkan bahawa Hikayat Mareskalek bukan sekadar karya fiksyen, tetapi sebuah buku teks yang menawarkan gagasan politik sebagai refleksi kritikal yang relevan dengan perbahasan kontemporari mengenai hubungan antara negara dan agama.

Kata kunci: agama-negara; Hikayat Mareskalek; Jawa; kesusasteraan Melayu; subordinasi
2025-10-28T00:00:00+08:00Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)