ANALISIS AYAT MAJMUK PANCANGAN BAHASA MELAYU DALAM PANTUN MELAYU MALAY CONJUNCTIVE COMPOUND ANALYSIS IN MALAY PANTUN

Main Article Content

Ab. Razak Ab. Karim
Nurul Ain Alizuddin

Abstract

Makalah ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat majmuk pancangan bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan berlaku proses-proses transformasi seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan-keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Kata kunci: ayat majmuk pancangan, pantun Melayu, teori transformasi generatif, proses transformasi, rajah pohon.


This paper focuses on Malay conjunctive compound sentence used in Malay pantun. Pantun is a Malay heritage over the years. The beauty of the words in the pantun showed the creativity of thought and philosophy of the traditional Malay society is high, original and artistic. The findings of the analysis showed pantun is one of the best medium to analyze the syntax of the Malay conjunctive compound sentence. Pantun construction is complex because within the pantun verse many words were deleted. Word deletion occurs as the number of words in the rhymes and rhythms of the end of the controlled or restricted. The composition of this complex compound sentences require a full review. This study was based on a theory of Transformation Generative Grammar Standards applied in the Tatabahasa Dewan (2010). In producing conjunctive compound sentence transformation processes occur like deletion, expansion, and restructuring.Verse analysis is done based on the deep structure and surface structure with tree diagram and explanations related to the field of syntax.
Keywords: conjunctive compound sentences, Malay pantun, generative theory of transformation, process transformation, tree diagram.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ab. Karim, A. R., & Alizuddin, N. A. (2017). ANALISIS AYAT MAJMUK PANCANGAN BAHASA MELAYU DALAM PANTUN MELAYU: MALAY CONJUNCTIVE COMPOUND ANALYSIS IN MALAY PANTUN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 1–28. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9693
Section
Articles