Manuskrip al-Qur’an di Alam Melayu: Kajian Terhadap Manuskrip al-Qur’an Terengganu

Main Article Content

Riswadi Azmi
Mustaffa Abdullah

Abstract

Fokus utama artikel ini adalah untuk menghuraikan sejarah manuskrip al-Qur’an yang berada di Alam Melayu seterusnya memperjelaskan secara terperinci berkenaan sejarah manuskrip al-Qur’an Terengganu. Selain itu artikel ini juga memberi tumpuan terhadap ciri-ciri yang terdapat pada manuskrip al-Qur’an Terengganu dan taburannya yang berlokasi di dalam dan luar negara. Manuskrip al-Qur’an Terengganu ini dikatakan antara yang terbaik yang pernah dihasilkan di Alam Melayu sekitar abad ke 18-19 M. Lawatan kajian ke beberapa tempat telah diadakan bagi mengenalpasti, mendokumentasi dan menjalankan kerja-kerja pendigitalan terhadap semua manuskrip al-Qur’an Terengganu. Perbandingan antara lain-lain manuskrip al-Qur’an Alam Melayu juga dilakukan untuk melihat beberapa aspek penting seperti iluminasi, kaligrafi dan metodologi penulisan manuskrip al-Qur’an. Melalui metode historis, kajian terhadap aspek sejarah dan latar belakang manuskrip dapat dikenalpasti dan dijelaskan. Dapatan kajian mendapati sembilan manuskrip al-Qur’an Terengganu telah dijumpai dan berada yang di beberapa tempat dalam dan luar negara. Kesemua manuskrip al-Qur’an ini mempunyai ciri-ciri yang sama terutama pada aspek iluminasi. Ciri hiasan yang mewah yang terdapat pada manuskrip-manuskrip al-Qur’an ini menggambarkan bahawa ianya dihasilkan oleh institusi diraja Terengganu dan ianya juga lengkap serta kemas pada aspek kaligrafinya membuktikan kearifan lokal yang berada di Alam Melayu ketika itu. Diharap artikel ini memperjelaskan kepada masyarakat akan keunggulan manuskrip al-Qur’an Terengganu dan juga memberi kepada masyarakat supaya mengiktiraf manuskrip al-Qur’an ini sebagai warisan agung yang perlu dipelihara agar generasi mengagumi kesarjanaan dan kepakaran sarjana lokal.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Azmi, R., & Abdullah, M. (2017). Manuskrip al-Qur’an di Alam Melayu: Kajian Terhadap Manuskrip al-Qur’an Terengganu. Jurnal Usuluddin, 45(2), 19–54. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol45no2.2
Section
Articles