Sanad ‘Amr ibn Shu‘ayb ‘an Abihi ‘an Jaddihi dalam Kritik Hadith Mazhab al-Shāfi‘ī

Main Article Content

Umar Muhammad Noor Faisal Ahmad Shah

Abstract

Sanad ‘Amr bin Shu‘ayb daripada bapanya daripada datuknya (‘Amr bin Shu‘ayb ‘an abīh ‘an jaddihi, ASBD) sangat masyhur di kalangan fuqaha’ namun kesahihannya diperdebatkan oleh ahli hadith terdahulu. Makalah ini mengaplikasi metode analisis induktif untuk mendedahkan dan mengkaji perbezaan pandangan di kalangan ahli hadith mazhab al-Shāfi‘ī berkenaan status kesahihan ASBD. Meskipun Muhammad bin Idris al-Shāfi‘ī (m.204H) secara konsisten melemahkan ASBD, akan tetapi kalangan al-Shāfi‘īyyah (ulama penyokong mazhab al-Shāfi‘ī) selepas beliau sejak al-Ḥākim (m.405H) hingga Ibn Ḥajar al-Haithāmī (m.974H), sepakat menetapkan kesahihan dan kelayakan sanad ini sebagai hujah. Menerusi pendekatan historis, kajian ini menelusuri sebab-sebab perbezaan tersebut serta mengkaji implikasinya dalam wacana hukum. Kajian mendapati bahawa pergeseran ini berpunca daripada simplifikasi dalam kritik hadith yang diamalkan oleh ahli hadith pasca-riwayah (Muta’ākhirīn). Akibat terpengaruh perspektif fuqahā’, mereka tidak lagi melihat periwayatan menerusi wijādah sebagai cacat dalam hadith. Dalam wacana hukum, kajian ini mendapati kalangan al-Shāfi‘īyyah selalu mentakwil kandungan ASBD ataupun ucapan al-Shāfi‘ī apabila berlaku pertembungan. Dalam kes-kes tertentu, takwil mereka tidak koheren dengan prinsip uṣūl terpenting mazhab al-Shāfi‘ī sendiri. Penulis menyimpulkan bahawa pergeseran metodologi ini, bersama implikasi negatifnya, menyokong teori beberapa tokoh hadith semasa berkenaan fenomena pendangkalan kritik hadith dalam wacana hadith Muta’akhirīn dan semasa.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MUHAMMAD NOOR, Umar; AHMAD SHAH, Faisal. Sanad ‘Amr ibn Shu‘ayb ‘an Abihi ‘an Jaddihi dalam Kritik Hadith Mazhab al-Shāfi‘ī. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 45, n. 2, p. 55-86, dec. 2017. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/10220>. Date accessed: 09 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol45no2.3.
Section
Articles