YEAR FOUR NOVICE SCIENCE TEACHERS’ PEDAGOGICAL KNOWLEDGE AND PRACTICES IN TEACHING SKILFUL THINKING

Authors

  • Bavani Nageswana Rao
  • Selvaranee Subramaniam
  • Renuka V. Sathasivam

Abstract

Kajian ini menyiasat pengetahuan pedagogi dan pengajaranguru baharu sekolah rendah dalam konteks pengajaran pemikiran mahir (skilful thinking (ST)). ST ialah proses pemikiran yang melibatkan tiga elemen penting iaitu kemahiran berfikir, tabiat fikir dan metakognisi. Dalam pengajaran ST, pertama sekali, guru perlu mengajar murid pelbagai strategi pemikiran untuk membantu mereka menganalisis maklumat dan idea tentang konsep sains. Kedua, guru perlu membangunkan tabiat fikir murid, contohnya, tabiat bijak menyoal dan mengutarakan masalah untuk dikaji. Ketiga, guru juga perlu mendorong murid membuat refleksi terhadap proses pemikiran mereka. Kajian ini menyiasat pengetahuanp edagogi guru baharu tentang pengajaran elemen ST dan penerapannya dalam proses pengajaran sains Tahun Empat. Pengumpulan data kualitatif seperti temubual separa struktur, pemerhatian kelas, nota lapangan dan analisis dokumen yang berkaitan telah digunakan. Terdapat tiga kumpulan guru muncul berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran ST. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat variasi dalam pengetahuan guru tentang ST dan pengajaran ST. Malangnya, kekurangan dalam pengetahuan pedagogi guru baharu ini telah menghindarkan murid daripada berfikir secara mahir dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Cadangan telah diketengahkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran ST dalam kalangan guru sains sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-23

How to Cite

Rao, B. N., Subramaniam, S., & V. Sathasivam, R. (2017). YEAR FOUR NOVICE SCIENCE TEACHERS’ PEDAGOGICAL KNOWLEDGE AND PRACTICES IN TEACHING SKILFUL THINKING. JuKu: Jurnal Kurikulum &Amp; Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 42–50. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8198

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)