HUBUNGAN PERSEPSI KESEJAHTERAAN (PK), KECERDASAN EMOSI (KE), KECERDASAN SPIRITUAL (KS) DAN EFIKASI KENDIRI KAUNSELING (EKK) TERHADAP PERKEMBANGAN DIRI (PD) KAUNSELOR PELATIH

Main Article Content

Mazila Ghazali
Sidek Mohd Noah
Siti Aishah Hassan
Wan Marzuki Wan Jaafar

Abstract

Kaunselor pelatih memerlukan PK, KE, KS, EKK dan PD yang tinggi. Perkembangan diri kaunselor pelatih merupakan elemen yang perlu diberi perhatian. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji perkembangan diri kaunselor pelatih yang sedang menjalani latihan internship. Objektif kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti hubungan PK, KE, KS dan EKK terhadap PD kaunselor pelatih. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar kaunseling peringkat ijazah sarjana muda kaunseling dari lima (5) buah universiti awam yang sedang menjalani latihan internship. Kajian secara terperinci berkaitan perkembangan diri kaunselor pelatih perlu dijalankan bagi mengenal pasti apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan diri kaunselor pelatih. Terdapat beberapa teori dan model yang digunakan sebagai panduan dalam kajian ini antaranya Model Kesejahteraan Adams berdasarkan teori Adlerian, Teori Keupayaan Kecerdasan Emosi, Teori Kecerdasan Spiritual, Teori Kognitif Sosial Bandura, dan Model IDM Stolternberg, McNeill dan Delworth. Reka bentuk kajian ini adalah kajian korelasi. Statistik inferensi digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Kajian ini melibatkan 208 responden yang telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan ialah lima jenis soal selidik iaitu soal selidik Persepsi Kesejahteraan, soal selidik Kecerdasan Emosi, soal selidik Kecerdasan Spiritual, soal selidik Jangkaan Kendiri Kaunseling dan soal selidik Supervisee Levels Questionaire-Revised (SLQ-R). Analisis data dalam kajian ini telah dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) dan AMOS (IBM SPSS_AMOS 21.0). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara PK, KE, KS, EKK dengan PD. Hasil daripada kajian ini memberi implikasi bahawa kaunselor pelatih perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran PK, KE, KS, EKK dan PD agar mereka dapat memberi komitmen yang terbaik sebagai kaunselor dan seterusnya dapat meningkatkan profesion kaunseling.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles