ERIC: Educational Resources Information Center

Authors

  • Devinder Kaur

Abstract

Makalah ini menghuraikan ERIC atau Educational Resources Information Center yang merupakan suatu sistem maklumat untuk mengumpul dan menyibarkan maklumat dalam bidang pendidikan. Penjelasan diberi berkenaan organisasi dan fungsi jaringan ERIC dengan ibupejabatnya di Washington, D.C., dan sistem pembahagian tugas kepada 16 buah pusat pengumpulan maklumat, tiap-tiap satu bertanggungjawab pada satu jurusan pengkhususan, Karya-karya dalam bentuk laporan dan berkala dimasukkan ke dalam sistem ini dan diterbitkan untuk makluman umum melalui dua buah majalah abstrak ERIC, iaitu Resources in Education (RIE) dan Current Index to journals in Education (CljE). Sebagai tambahan indeks-indeks kumulatif juga diterbitkan. Semua indeks ini bersama Thesaurus of ERIC Descriptors dan ERIC Documents on Microfiche yang baru diperolehi, merupakan database ERIC di Perpustakaan yang kini ditempatkan dalam sebuah karel khusus untuk perkhidmatan ERIC. Juga dijelaskan bagaimana sesuatu pencarian secara manual dapat diuruskan pada database ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2017-12-26

Issue

Section

Articles