Making Libraries Relevant to Classrooms: the Nottinghamshire Experience

Authors

  • Zaiton Osman

Abstract

Peranan perpustakaan-perpustakaan sekolah tidak memberi kesan dalam sistem pendidikan kerana kegiatan-kegiatan yang diadakan tidak memberi sokongan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah. Namun begitu, perkembangan dalam bidang pendidikan, terutama sekali dalam kaedah-kaedah pembelajaran telah menggalakkan pustakawan-pustakawan di sekolah mengkaji semula peranan mereka untuk mempastikan yang kegiatan-kegiatan perpustakaan relevan dan sesuai untuk menyokong dan menggalakkan kegiatan-kegiatan kurikular. Soma ado perpustakaan- perpustakaan sekolah dapat menukarkan imejnya bergantung kepada sikap pihakpihak yang berkenaan. Kekesanan peranannya juga bergantung kepada soma ada ianya dapat dianggap sebagai pusat pendidikan dan maklumat, bukan pusat rekreasi di mana pelajar-pelajar berkumpul, bersembang semen tara menyelesaikan kerja rumah mereka. Kegiatan-kegiatan yang dihuraikan dalam rencana ini merupakan kegiatan-kegiatan perpustakaan di beberapa sekolah di Nottinghamshire, United Kingdom, yang dikelolakan oleh pustakawan-pustakawan bersama-sama guru-guru sekolah untuk mempastikan yang pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tersebut dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam pembelajaran.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-26

Issue

Section

Articles