Relationship between leadership perception and engagement in workplace deviant behavior

  • Aida Abdullah
  • Sabitha Marican

Abstract

Tingkahlaku devian di tempat kerja bukanlah satu isu baru di dalam sesebuah organisasi kerja. Tingkahlaku ini dijumpai di dalam banyak organisasi kerja, dan ia melibatkan pelbagai jenis pekerja. Masalah tingkahlaku ini berbahaya kerana ia membawa implikasi negatif kepada organisasi kerja; sama ada secara sosial mahupun ekonomi. Artikel ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, untuk mengenalpasti prevalens tingkahlaku devian dalam kalangan pekerja. Kedua, untuk mengkaji jenis-jenis kepimpinan di organisasi kerja. Ketiga, untuk mengukur perkaitan di antara kepimpinan dengan penglibatan pekerja dalam tingkahlaku devian. Ketiga-tiga objektif berkenaan dikembangkan daripada laporan-laporan literatur akademik yang menyatakan kepimpinan organisasi bertindak sebagai peramal kepada tingkahlaku devian di tempat kerja. Kajian ini menilai dua bentuk gaya kepimpinan; iaitu gaya kepimpinan kawalan dan kepimpinan anjal. Manakala, perspektif devian organisasi dan devian interpersonal digunakan bagi mengukur tingkahlaku devian. Dapatan kajian memperlihatkan yang kebanyakan organisasi kerja mengamalkan gaya kepimpinan kawalan dan anjal. Bukti empirikal juga memperlihatkan yang devian organisasi dan interpersonal wujud di tempat kerja. Malah, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang jelas antara kedua-dua bentuk gaya kepimpinan dengan kedua-dua bentuk devian yang wujud di tempat kerja. Dapatan ini kemudiannya mendorong kajian ini untuk menyokong gagasan literatur sedia ada yang memperlihatkan gaya kepimpinan mempengaruhi persekitaran organisasi, yang seterusnya mampu menghalang tingkahlaku devian di tempat kerja.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2017-06-06
How to Cite
ABDULLAH, Aida; MARICAN, Sabitha. Relationship between leadership perception and engagement in workplace deviant behavior. The Malaysian Journal of Social Administration, [S.l.], v. 11, n. 1, p. 131-150, june 2017. ISSN 2600-951X. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/MJSA/article/view/2980>. Date accessed: 02 july 2020. doi: https://doi.org/10.22452/mjsa.vol11no1.7.