WAD TAI WAH, 1894-1940: SATU PENELITIAN TERHADAP PERKHIDMATAN KESIHATAN ORANG CINA DI SELANGOR

  • Mohd Hairulhazan Rosli Universiti Malaya (UM)
  • Noraini Mohamed Hassan Universiti Malaya (UM)

Abstract

Salah satu aspek yang menarik dalam kajian terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu adalah perkembangan kesihatan. Namun begitu, berbanding dengan usaha dan peranan British, institusi-institusi perubatan yang diwujudkan oleh masyarakat kurang diberikan perhatian. Salah satu institusi terbabit adalah Wad Tai Wah yang diuruskan oleh masyarakat Cina di Selangor. Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1894 bertujuan untuk membantu orang Cina yang uzur dan tidak berkemampuan. Pengurusan sebuah institusi yang bersifat kebajikan bukanlah perkara yang mudah apatah lagi Wad Tai Wah tidak mendapat bantuan kewangan yang mencukupi daripada British. Sungguhpun demikian, Wad Tai Wah berjaya membuktikan kemampuannya beroperasi dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di Selangor sejak penubuhannya sehingga sebelum Perang Dunia Kedua. Oleh itu, artikel ini membincangkan sejarah Wad Tai Wah dengan menelusuri peranan yang dimainkannya dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Cina di Selangor. Pada masa yang sama, Wad Tai Wah juga sentiasa berdepan dengan cabaran dan halangan. Usaha masyarakat Cina bagi memastikan institusi tersebut kekal menunjangi sistem penjagaan kesihatan orang Cina turut diberikan perhatian. Penulisan ini dapat menunjukkan kepentingan tanggungjawab sosial dan persaudaraan dalam menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat. Artikel ini menggunakan sumber primer dan sekunder daripada Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya. Sumber utama yang dirujuk adalah laporan tahunan Wad Tai Wah, laporan tahunan negeri Selangor dan fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-28
How to Cite
ROSLI, Mohd Hairulhazan; MOHAMED HASSAN, Noraini. WAD TAI WAH, 1894-1940: SATU PENELITIAN TERHADAP PERKHIDMATAN KESIHATAN ORANG CINA DI SELANGOR. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/21183>. Date accessed: 18 jan. 2020.
Section
Articles