LOTERI UMNO MALAYA 1946 – 1969

  • Abu Hanifah Jamil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Abstract

Makalah ini merupakan kajian awal berkenaan Loteri UMNO Malaya yang dilancarkan sebelum kemerdekaan di Tanah Melayu. Ia menghuraikan tentang tujuan penubuhan Loteri UMNO Malaya dan kepentingannya kepada perjuangan UMNO dalam memperbaiki keadaan kewangan masyarakat Melayu pada tahun 1940-an sehinggan 1960-an. Loteri UMNO Malaya dilancarkan secara besar-besaran buat pertama kalinya pada 19 Jun 1953 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Perlaksanaan Loteri UMNO Malaya bertujuan untuk membela nasib orang-orang Melayu. Loteri merupakan kebiasaan dalam kehidupan bermasyarakat di Tanah Melayu terutamanya sejak pertengahan abad ke-20. Ia boleh dilihat melalui pengenalan beberapa akta dan ordinan berkaitan perjudian antaranya Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950 – 1962, Ordinan Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950, Akta Loteri 1952 dan Akta Rumah Perjudian 1953 oleh British untuk mengawal kegiatan berkaitan perjudian di Tanah Melayu. Perbincangan yang dikemukakan di dalam makalah ini adalah berasaskan kepada sumber sejarah seperti fail-fail, surat menyurat serta akhbar sezaman. Ringkasnya, perbincangan berhubung loteri UMNO ini memberikan gambaran berhubung perkembangan sejarah sosial dalam masyarakat Melayu pada pertengahan abad ke-20. Ia juga memberikan gambaran yang jelas berhubung kedudukan agama Islam dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia dalam tempoh kajian.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2020-05-10
How to Cite
JAMIL, Abu Hanifah. LOTERI UMNO MALAYA 1946 – 1969. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 29, n. 1, may 2020. ISSN 2756-8253. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/23807>. Date accessed: 06 mar. 2021.
Section
Articles