PERISTIWA PENAHANAN DAN PENDAKWAAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DALAM HUBUNGAN MALAYSIA-AMERIKA SYARIKAT, 1998-2004

Authors

  • Aszlan Selamat
  • Shakila Yacob

Keywords:

Influence, Malaysia-US relations, Anwar Ibrahim’s arrest and prosecution

Abstract

Peristiwa penahanan dan pendakwaan Anwar Ibrahim memberi kesan terhadap hubungan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bermula dari tahun 1998 sehingga tahun 2004. Oleh itu, makalah ini akan menumpukan perbincangan terhadap sikap kedua-dua buah negara dalam berhadapan dengan kes Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku seksual. Kaedah analisis sejarah digunakan menerusi kajian ini dalam menjelaskan pengaruh peristiwa berkenaan terhadap hubungan Malaysia-AS. Selain data primer dan sekunder, kaedah temu bual turut digunakan dalam memantapkan hujah yang diutarakan. Menerusi kajian ini telah dikenal pasti bahawa wujud pengaruh yang signifikan apabila kes ini dibawa ke Kongres AS dalam membincangkan tindakan lanjut yang boleh dikenakan ke atas Malaysia. AS termasuklah pihak media Barat lebih memihak kepada Anwar Ibrahim. Campur tangan AS telah menimbulkan konflik apabila kedua-dua buah negara saling mengkritik dan menyalahkan antara satu dengan yang lain serta mengeluarkan kenyataan yang menaikkan kemarahan kedua-dua belah pihak. Peristiwa ini juga dilihat mempunyai pengaruh yang tersendiri apabila melibatkan konflik antara Malaysia dengan negara ASEAN yang lain termasuklah organisasi antarabangsa seperti UNESCO, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua buah negara kembali pulih apabila dakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah digugurkan pada tahun 2004 kerana kekurangan bukti mengenai salah laku seksual. Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa masalah dalaman Malaysia juga mampu menjejaskan hubungan bilateral Malaysia dengan negara lain khususnya AS. Makalah ini bukan sahaja mengisi kelompangan sorotan literatur terdahulu yang kurang menyentuh pengaruh peristiwa penahanan dan pendakwaan Anwar Ibrahim dalam hubungan Malaysia-AS, malah diharap menyumbang dengan memperkayakan lagi koleksi literatur dalam sejarah hubungan Malaysia-AS di Malaysia.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-14