Kesesuaian Amalan Penyesuaigunaan Bangunan Kediaman Bersejarah kepada Memorial Kebangsaan

Authors

  • Nor Syahila Ab Rashid Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nila Inangda Manyam Keumala H. Daud Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Abstract

Dalam kerancakan usaha memanjangkan hayat bangunan-bangunan lama di negara ini melalui amalan konservasi bangunan, terdapat kecenderungan oleh pihak kerajaan untuk mengambilalih bangunan kediaman tokoh-tokoh Malaysia dalam sejarah kepimpinan bagi disuaiguna menjadi memorial. Namun, ia menimbulkan persoalan adakah wujud sebarang garis panduan penyesuaigunaan bangunan kediaman bersejarah kepada memorial kebangsaan di Malaysia dalam mengekalkan bangunan kediaman tokoh-tokoh Malaysia sebagai ruang pameran berkaitan sejarah kepimpinan mereka. Ketiadaan garis panduan berkenaan pula menimbulkan pertikaian bagaimana untuk melaksanakan proses tersebut dengan sewajarnya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mencari formula terbaik bagi menyesuaiguna bangunan kediaman bersejarah kepada memorial kebangsaan berdasarkan isu tersebut dengan menilai semula amalan penyesuaigunaan bangunan kediaman bersejarah kepada memorial kebangsaan yang telah dilaksanakan di Malaysia dan mengenalpasti prinsip-prinsip amalan penyesuaigunaan bangunan kediaman bersejarah kepada memorial kebangsaan di Malaysia. Kajian kes telah dijalankan ke atas tiga sampel bangunan kediaman bersejarah yang telah disuaiguna kepada memorial kebangsaan dan dipilih berdasarkan senarai populasi kajian iaitu Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Rumah Merdeka serta Memorial Tun Abdul Ghafar Baba. Sampel berkenaan ditentukan melalui kaedah pensampelan dan dinilai menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Berdasarkan hasil kajian kes yang telah dianalisis dan dibincangkan, disimpulkan bahawa aspek kehendak undang-undang bangunan (tempatan) serta kehendak persekitaran dan konservasi tidak dipenuhi dalam melaksanakan proses penyesuaigunaan bangunan kediaman bersejarah kepada memorial kebangsaan yang memerlukan cadangan penambahbaikan.


Kata Kunci : kesesuaian; konservasi bangunan; penyesuaigunaan; kediaman; memorial

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-06-27

How to Cite

Ab Rashid, N. S., & Keumala H. Daud, N. I. M. (2014). Kesesuaian Amalan Penyesuaigunaan Bangunan Kediaman Bersejarah kepada Memorial Kebangsaan. Journal of Design and Built Environment, 14(1). Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jdbe/article/view/5341

Issue

Section

Articles