MASYARAKAT MUSLIM MELAYU DI SINGAPURA: KAJIAN TERHADAP ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI

Main Article Content

WZ Kamaruddin Wan Ali
Ahmad Zuhdi Ismail

Abstract

Muslim Melayu di rantau Asia Tenggara berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan dengan Islam, yang memberikan pelbagai cabaran semasa mahupun baru kepada mereka. Masyarakat Muslim Melayu di Singapura tidak terkecuali daripada berhadapan dengan persoalan seumpamanya. Menarik sekiranya dapat dilihat persepsi, pemikiran dan respons mereka terhadap pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi untuk dibuat perbandingan dengan yang lain. Makalah ini adalah berobjektif untuk meneliti dan mengkaji kedudukan Islam sebagai al-Din atau agama bagi masyarakat Muslim Melayu di Singapura, sumber-sumber primer dan sekunder dalam bidang pemikiran Islam, isu-isu utama dan primer yang dihadapi masyarakat Muslim Melayu dari pelbagai peringkat, juga cabaran sama ada dalaman, luaran dan seumpamanya di samping untuk mengkaji metode dan pendekatan yang di aplikasi MUIS secara khusus sebagai badan dan organisasi tertinggi berkaitan Islam di republik itu dalam penyelesaian masalah dan persoalan yang timbul dalam masyarakat dari masa ke masa. Kajian ini bersifat lapangan dengan responden melalui proses interview. Dapatan utama kajian memperlihatkan bahawa Islam di Singapura berwajah ASWJ, sama seperti negara lain di rantau ini, tetapi perbezaan yang agak ketara adalah kerana sifat dan sikap keterbukaan dan positif yang ditunjukkan masyarakat Muslim Melayu dalam menerima kepelbagaian dan kelainan bentuk dan pemikiran yang berbeza. Ringkasnya, mereka sedia bersatu dalam perbezaan “agree untuk disagree.â€


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Ali, W. K., & Ismail, A. Z. (2018). MASYARAKAT MUSLIM MELAYU DI SINGAPURA: KAJIAN TERHADAP ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 27–53. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13381
Section
Articles