CERITA JENAKA MELAYU SUATU MANIFESTASI WATAK DAN PERWATAKAN POSITIF

Main Article Content

Muhammad Safuan Ismail
Roslina Abu Bakar
Nik Rafidah Nik Muhamad Effendy

Abstract

Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu daripada jenis cerita rakyat yang memaparkan watak dan perwatakan lucu sehingga menghiburkan audiens. Kajian terdahulu mengenai cerita jenaka Melayu menghasilkan tanggapan bahawa masyarakat Melayu dianggap lurus, jumud, bodoh, taat pada raja secara membuta tuli, tidak bertamadun, tidak pandai berfikir. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menyanggah pendapat tersebut dan membuktikan bahawa cerita jenaka Melayu ditunjangi oleh watak dan perwatakan positif seperti ringan tulang, menurut perintah, berani dan berdikari. Kajian ini merujuk kepada sumber primer iaitu cerita jenaka Melayu bertajuk Awang Lurus, Pak Pandir, Pak Kaduk dan Si Luncai. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan positif yang terkandung dalam cerita jenaka Melayu. Kedua, menganalisis watak dan perwatakan positif berdasarkan pendekatan Psikologi Humanistik. Penganalisisan adalah mengaplikasikan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan yang disesuaikan dengan lima prinsip pendekatan Psikologi Humanistik iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan akan harga diri dan keperluan mencapai kesempurnaan diri.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ismail, M. S., Abu Bakar, R., & Nik Muhamad Effendy, N. R. (2018). CERITA JENAKA MELAYU SUATU MANIFESTASI WATAK DAN PERWATAKAN POSITIF. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 296–329. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13409
Section
Articles