Konsep Wang dan al-á¹¢arf Menurut Perspektif Syariah

Main Article Content

Abdul Rahman A Shukor
Joni Tamkin Borhan

Abstract

Wang adalah element penting dalam kehidupan moden. Manusia menggunakan wang sebagai alat pertukaran dalam kehidupan mereka dan mencipta kekayaan melalui wang. Namun, Islam mempunyai pandangan tersendiri terhadap konsep wang dan mempunyai peraturan khusus bagi pertukaran wang. Tujuan kajian ini ialah mengkaji pandangan Islam terhadap konsep wang dan peraturan al-sarf. Kajian akan mengenapasti data daripada Al-Quran, Hadith dan pandangan ulama dalam isu ini. Hasil kajian mendapati wang adalah pengukur nilai dan alat pertukaran dalam transaksi. Islam tidak menghadkan wang daripada emas dan perak sahaja dan ia diterima daripada item lain selagi ia diperakui dan diterima oleh orang ramai. Wang tertakluk kepada zakat kerana setiap pendapatan yang diperolehi terdapat bahagian untuk golongan yang memerlukan. Wang juga perlu dikeluarkan oleh pemerintah negara untuk mengelakkan kegiatan manipulasi wang daripada orang ramai. Wang adalah barangan ribawi dan tertakluk kepada peraturan al-á¹£arf supaya pertukaran wang tidak terlibat dengan riba. Islam tidak menganggap wang sebagai komoditi maka setiap transaksi perlu melibatkan komoditi sebenar dan hasil pengeluaran.  

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles