Konsep Ketuhanan: Kajian Terhadap Pemikiran Syeikh Ibn ‘Ajibah dalam Tafsir al-Bahr al-Madid fi Tafsir al-Quran al-Majid
Main Article Content
Abstract
Konsep ketuhanan adalah isu utama dalam akidah Islam. Ulama dan cendikiawan Islam sepakat bahawa tauhid adalah prinsip asas akidah Islam. Akan tetapi mereka berbeza pendekatan dalam menjelaskannya. Syeikh Ibn ‘Ajibah adalah di antara ulama yang banyak membincarakan tentang konsep ketuhanan dalam kitab tafsirnya Al-Bahr Al- Madid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid. Kajian ini mendedahkan pandangan dan pendekatan Syeikh Ibn ‘Ajibah tentang beberapa perkara penting berkaitan dengan konsep ketuhanan dalam Islam. Antara perkara itu ialah masalah tauhid, Af’al, Sifat dan Zat Allah, konsep Tajalli Allah, Ru’yah Allah, konsep Musyahadah dan ’Ayan, dan konsep Hulul dan Ittihad. Kajian ini mendapati bahawa Syeikh Ibn ‘Ajibah mempunyai pandangan dan pendekatan tersendiri dalam menjelaskan perkara-perkara di atas. Pandangan dan pendekatannya jelas dipengaruhi oleh doktrin tasawuf yang diyakininya.