Kajian Literatur Terhadap Fatwa Ajaran Waḥdah al-Wujūd Berdasarkan Beberapa Karya Popular Alam Melayu di Malaysia Wahdah al-Wujūd’s Teachings Fatwas on Popular Manuscripts of Malay Archipelago: A Literature Review

Main Article Content

Mohd Zulfakar Hj Mat Jusoh
Che Zarrina Sa’ari
Azmil Zainal Abidin

Abstract

Ajaran waḥdah al-wujūd merupakan satu polemik yang muncul dalam dunia ilmu tasawuf. Polemik ajaran ini telah melahirkan aliran yang menyokong dan menentang. Aliran menentang mengambil inisiatif mewartakan fatwa pengharaman mengenainya. Fatwa tersebut dilihat mengemukakan sekatan terhadap beberapa karya turāth popular di Malaysia daripada disebarkan serta dipelajari. Manakala aliran menyokong cuba menafikan konsep waḥdah al-wujūd terhadap karya tersebut daripada kefahaman ḥulūl dan ittiḥād yang disalah ertikan. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji mengenai fatwa terhadap beberapa karya turāth popular yang dikatakan mempunyai ajaran waḥdah al-wujūd di Malaysia. Karya tersebut juga telah diwartakan secara rasmi oleh Majlis Fatwa Agama Islam negeri di Malaysia, atas sebab ajaran mengandungi unsur waḥdah al-wujūd yang bersifat ḥulūl dan ittiḥād yang membawa kepada kufur. Artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif menerusi penilaian isi kandungan dokumen dan tinjaun sejarah terhadap isi kandungan fatwa dalam memperincikan alasan fatwa mengenai ajaran waḥdah al-wujūd yang membawa kepada aspek pengharamannya di Malaysia. Hasil penyelidikan menyimpulkan bahawa fatwa pertama daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui pengaruh Sayyid Alawi Tahir al-Hadad telah dijadikan sumber ikutan serta persetujuan majoriti fatwa lain yang datang selepas itu di beberapa Majlis Agama Islam negeri di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles