Mata Wang Islam: Analisa Menurut Pandangan Sarjana Islam Islamic Currency: An Analysis According to the Views of Islamic Scholars

Main Article Content

Suffian Haqiem Nor Azelan
Asmak Ab Rahman
Mohd Shahid Mohd Noh

Abstract

Dinar emas dan dirham perak merupakan mata wang terawal yang digunakan selepas kedatangan Islam di Mekah. Keduanya merupakan barangan ribawi dan terikat kepada hukum riba berdasarkan hadith Nabi Muhammad S.A.W. Selain dinar dan dirham, penggunaan mata wang dalam masyarakat Islam berkembang dan berubah mengikut zaman. Masyarakat menggunakan mata wang daripada jenis yang lain seperti gangsa, tembaga, wang kertas dan wang digital yang digunakan pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisa kandungan yang berpaksikan tematik untuk melihat ciri-ciri dan kriteria mata wang menurut Islam. Pandangan-pandangan sarjana Islam tentang mata wang dianalisa dengan mendalam untuk mendapatkan hasil kajian tersebut. Mata wang Islam tidak terhad kepada emas dan perak sahaja. Sarjana Islam juga bersepakat mata wang berfungsi sebagai alat pertukaran dan pengukur nilai sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles