Analisis Bentuk Penulisan Dan Kaedah Rujukan Karya Fiqh Melayu Klasik Analysis of Classic Malay Jurisprudence's Writing Forms and Reference Methods

Main Article Content

Mohd Pua’ad Abdul Malik
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
Rahimin Affandi Abd. Rahim

Abstract

Sejarah perkembangan penulisan karya fiqh Melayu klasik dianggap bermula pada abad ke-16. Pada peringkat awal, pola utama penulisan fiqh memfokuskan kepada kehidupan masyarakat dengan amalan ibadat khusus. Namun begitu, setelah perkara asas dipelajari dan difahami maka usaha penulisan yang lebih komprehensif dilakukan dalam bidang ibadat. Oleh itu, bentuk penulisan karya fiqh Melayu klasik perlu dirungkaikan secara lebih teliti dan mendalam. Penelitian terhadap pola, corak dan format penulisan penulisan karya fiqh Melayu perlu dikaji secara holistik dan beberapa siri jawapan konkrit perlu diketengahkan dalam meneliti kredibiliti penulisan karya fiqh Melayu klasik. Oleh itu, kajian ini akan melihat beberapa variasi penulisan fiqh dalam pelbagai bentuk dan rujukan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, dinamika dan produktiviti penulisan fiqh berkembang pada abad ke-19 dengan pelbagai format, struktur dan bentuk penulisan. Penerokaan dan pengemaskinian baru penulisan abad ke-19 membentuk pendekatan baharu penulisan karya fiqh Melayu. Secara tidak langsung, kesan dan impak penulisan abad klasik menjana corak kegiatan penulisan pada abad ke-20. Ia tersirat di sebalik penulisan rencam seperti khilafiyyah, fatwa, perbandingan mazhab, pendalilan, perdebatan dan kritik. Namun, kupasan dan perbincangan yang mendalam hanya dalam aspek ibadat khusus menyentuh kupasan tatacara bersuci, solat, puasa, zakat, haji dan umrah, akikah dan korban serta sembelihan. Justeru, pelbagai pendekatan penulisan karya fiqh Melayu klasik berjaya mempengaruhi karakter masyarakat Melayu yang seragam dimana majoriti pemikiran fuqaha Melayu didominasi oleh doktrin Mazhab Syafie.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles