ANALISIS KONTRASTIF SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU DAN BAHASA JEPUN

Main Article Content

Ong Shyi Nian Zaitul Azma Zainon Hamzah

Abstract

Analisis kontrastif ini berpegang kepada tanggapan bahawa masalah pembelajaran dan penguasaan bahasa asing khususnya sebutan oleh pelajar-pelajar adalah berpunca daripada perbezaan yang wujud di antara bahasa ibunda dan bahasa asing. Dengan kata lain, lebih besar dan kompleks perbezaan di antara struktur kedua-dua bahasa ini, maka adalah lebih rumit masalah pembelajaran dan penguasaan aspek sebutan bahasa.


Berdasarkan analisis kontrastif di antara sistem fonologi bahasa Melayu dan bahasa Jepun, dapat dirumuskan bahasa punca gangguan dalam sebutan asas yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu adalah disebabkan oleh perbezaan bentuk struktur fonemik bahasa Melayu dan bahasa Jepun, serta kelainan distribusi di antara fonem-fonem segmental bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Kecenderungan pelajar-pelajar Melayu memindahkan unsur-unsur dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa Jepun mengakibatkan gangguan dalam aspek pengujaran dan sebutan. Contohnya, pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi gangguan tatkala berusaha untuk membezakan di antara vokal pendek /a/ dan vokal panjang /aa/ dan di antara konsonan pendek /t/ dan konsonan panjang /tt/.


 Hasil daripada analisis yang bertaraf ramalan ini, adalah diharapkan dapat membantu semua pihak khususnya pengajar-pengajar bahasa Jepun dalam menyusun dan menyediakan bahan-bahan pengajaran untuk penggunaan pelajar-pelajar Melayu. Mungkin masalah-masalah fonemik yang diramalkan dalam analisis ini boleh diuji akan kesahannya sebagai pelengkap kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun untuk penutur-penutur Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
NIAN, Ong Shyi; HAMZAH, Zaitul Azma Zainon. ANALISIS KONTRASTIF SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU DAN BAHASA JEPUN. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, [S.l.], v. 7, p. 34-49, dec. 2017. ISSN 2180-2076. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JBBJ/article/view/9564>. Date accessed: 17 sep. 2019.
Section
Articles