FAKTOR MOTIVASI PELAJAR UNIVERSITI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN

Main Article Content

Jamila Mohd
Talaibek Musaev

Abstract

Kajian ini adalah mengenai faktor-faktor motivasi tiga kumpulan pelajar universiti dalam pembelajaran bahasa Jepun. Motivasi menggerakkan emosi dalaman seseorang untuk berusaha mencapai sesuatu keinginan atau matlamat. Dua objektif utama kajian ini adalah: (i) untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menjadi motivasi pelajar-pelajar universiti dalam mempelajari bahasa Jepun, dan (ii) melihat persamaan dan perbezaan faktor-faktor motivasi di antara pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus bahasa Jepun yang berbeza. Melalui dapatan kajian, faktor-faktor yang menjadi motivasi pelajar-pelajar universiti dalam mempelajari bahasa Jepun telah dapat dikenal pasti. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan faktor-faktor motivasi di antara pelajar-pelajar mengikut perbezaan kursus-kursus bahasa Jepun yang diikuti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa corak faktor-faktor motivasi pelajar-pelajar universiti adalah berkait rapat dengan sifat, syarat, pengisian dan matlamat kursus-kursus bahasa Jepun itu sendiri. Bagi dua kursus yang menetapkan syarat wajib pencapaian bahasa Jepun, dapat dilihat faktor-faktor motivasi pelajar juga terbentuk selari bagi mencapai tujuan tersebut di mana faktor-faktor “Belajar di Jepun†dan “Minat pada bahasa serta budaya Jepun†menjadi keutamaan. Manakala satu lagi kursus di mana bahasa Jepun merupakan subjek pilihan menunjukkan faktor-faktor “Minat terhadap budaya popular Jepunâ€dan “Mahu melancong ke Jepun†sebagai motivasi utama. Mengenal pasti faktor-faktor motivasi pelajar dapat membantu menaikkan semangat mereka untuk belajar bahasa Jepun. Ia juga boleh dijadikan panduan berguna dalam melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles