REFORMASI HURUF KANJI MEIJI MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBINAAN KETAMADUNAN TINGGI NEGARA JEPUN THE MEIJI REFORMATION OF KANJI CHARACTERS ACCELERATE THE PROCESS OF BUILDING JAPAN’S HIGH CIVILIZATION

Main Article Content

Jaafar Jambi
Norliah Abdullah

Abstract

Pemulihan Meiji telah memperlihatkan proses modenisasi yang menyeluruh dilakukan oleh kerajaan Jepun. Bersesuaian dengan slogannya “Memperkayakan Negara dan Memperkuatkan Tentera” ( 富国強兵 ), Jepun telah melakukan proses modenisasi dalam bidang ketenteraan dan ekonomi melalui aktiviti pembelajaran daripada Barat. Namun demikian aktiviti pembelajaran teknologi Barat telah dijalankan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Bahasa Jepun telah dimertabatkan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan kerajaan dan swasta serta aktiviti kehidupan seharian masyarakat. Reformasi Huruf Kanji adalah di antara tindakan positif yang diambil oleh kerajaan Meiji demi untuk memajukan negara melalui pembangunan bahasa Jepun. Penggunaan huruf kanji yang tiada penyelarasan dan had telah menyebabkan kekeliruan dan ketidak fahaman dalam kalangan masyarakat. Reformasi ini bukan sahaja memodenkan bahasa Jepun tetapi telah memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan. Aktiviti penterjemahan dan pencetakan hasil-hasil tersohor daripada Barat juga dapat dilakukan dengan banyak dan mudah. Dengan demikian infromasi dan ilmu pengetahuan yang berkualiti daripada luar dapat dicapai oleh semua dalam kalangan masyarakat Jepun.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles