PENERIMAAN MURID BAHASA TAMIL TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN BERBALIK

Authors

  • Parvathy A/P Baatinathan Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Siti Hajar Halili Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Rafiza Abdul Razak Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Keywords:

Pembelajaran berbalik, Bahasa Tamil, Penerimaan Teknologi, Murid

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan program Pembelajaran Berbalik untuk mata pelajaran Bahasa Tamil di Sekolah Rendah. Kajian ini dilakukan terhadap murid yang mengikuti kelas Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), terutama murid Tahun 3. Responden yang dipilih merangkumi semua murid-murid BTSK di negeri Selangor sahaja. Ini kerana pengagihan guru Bahasa Tamil di sekolah Kebangsaan sangat terhad dan hanya diperluas secara berperingkat mengikut negeri. Kajian ini berdasarkan kaedah kualitatif dan data dikumpulkan melalui temubual dan pemerhatian yang dijalankan dalam kelas. Guru menjalankan RPH selama 2 minggu berdasarkan program pembelajaran berbalik dan murid memberi pandangan terhadap penggunaannya selepas tamat kelas. Teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) digunakan dalam kajian ini untuk menentukan sejauh mana penerimaan murid terhadap program Pembelajaran Berbalik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa program Pembelajaran Berbalik diterima secara positif dan menunjukkan peningkatan minat dalam kalangan pelajar Tahun 3 dari pelbagai kaum. Lanjutan daripada itu, penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran amat memberangsangkan dan menunjukkan kehadiran pelajar ke kelas Bahasa Tamil meningkat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-19

Issue

Section

Articles