PELUANG DAN HARAPAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI SELETAR: KAJIAN KES DI KAMPUNG SUNGAI TEMON, JOHOR BAHRU

OPPORTUNITIES AND PROSPECTS OF THE ECONOMIC ACTIVITIES OF THE SELETAR INDIGENOUS COMMUNITY: A CASE STUDY IN KAMPUNG SUNGAI TEMON, JOHOR BAHRU

Authors

  • Syamil Imran Shamsir Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mashrom Muda Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Zamre Abu Hassan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Abstract

ABSTRAK

Orang Asli Seletar merupakan salah satu kaum orang asli di Malaysia yang berada di bawah komuniti orang laut. Kehidupan dan kebudayaan mereka berkait rapat dengan dunia laut. Bagi masyarakat Orang Asli Seletar, laut bukan hanya sebagai tempat mereka mencari rezeki demi menyara keluarga semata-mata. Malah, laut juga telah menjadi sebahagian daripada identiti orang asli Seletar itu sendiri. Oleh sebab itu, kebanyakan aktiviti sosioekonomi Orang Asli Seletar mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan laut. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peluang dan halangan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli Seletar di Kampung Sungai Temon, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif seperti kaedah temu bual secara mendalam, pemerhatian turut serta dan kaedah kepustakaan. Seramai lima orang informan telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pemerhatian turut serta juga telah dilakukan bagi mendapatkan bahan bukti untuk menyokong maklumat yang diperolehi semasa sesi temu bual. Hasil daripada kajian mendapati bahawa masyarakat orang asli Seletar di Kampung Sungai Temon telah menjalankan dua kegiatan ekonomi yang utama iaitu penternakan kupang dan perusahaan restoran makanan laut. Kajian  ini juga mendapati bagaimana komuniti orang asli Seletar di Kampung Sungai Temon mengusahakan kerja-kerja penternakan kupang dan perusahaan restoran makanan laut milik mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua kegiatan ekonomi ini turut mendatangkan cabaran kepada komuniti orang asli Seletar akibat daripada kerja-kerja penambakan laut yang berlaku di sekitar perairan Selat Tebrau. Oleh yang demikian, kajian ini penting bagi mendokumentasikan tentang kegigihan komuniti orang asli Seletar dalam menjalankan kegiatan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup serta taraf ekonomi mereka.

Kata kunci: kegiatan ekonomi; orang asli; orang Seletar; peluang; halangan

ABSTRACT

The Seletar Orang Asli are one of the indigenous groups in Malaysia belonging to the Orang Laut (Sea People) community. Their lives and culture are closely connected to the maritime world. For the Seletar community, the sea is not only a place to earn a living to support their families, but also an integral part of their collective identity. Consequently, most of the Seletar people’s socioeconomic activities are deeply intertwined with the sea. This study aims to explain the opportunities and challenges faced by Seletar community in carrying out their economic activities in Kampung Sungai Temon, Johor Bahru. The study was using a qualitative approach such as in-depth interview, participant observation, and literature reviews. A total of five informants were interviewed to obtain the necessary information. Participant observation was also conducted to gather supporting evidence for data obtained during interviews. The findings reveal that the Seletar community in Kampung Sungai Temon is primarily involved in two main socioeconomic activities, mussel farming and seafood restaurant business. The study also highlights how the community manages and sustains these ventures. However, both activities face significant challenges due to land reclamation projects taking place around the waters of  the Tebrau Strait. Therefore, this study is important to document the perseverance and resilience of the Seletar Orang Asli community in carrying out socioeconomic activities aimed to improve their standard of living and economic well-being.

Keywords: Economic activity; indigenous people; Seletar community; opportunity; obstacle

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-28

How to Cite

Shamsir, S. I., Muda, M., & Abu Hassan, . Z. . (2025). PELUANG DAN HARAPAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI SELETAR: KAJIAN KES DI KAMPUNG SUNGAI TEMON, JOHOR BAHRU: OPPORTUNITIES AND PROSPECTS OF THE ECONOMIC ACTIVITIES OF THE SELETAR INDIGENOUS COMMUNITY: A CASE STUDY IN KAMPUNG SUNGAI TEMON, JOHOR BAHRU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(2), 1–17. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66240