REPRESENTASI IDEOLOGI ABDUL KARIM AMRULLAH MELALUI WACANA NIKAH CINA BUTA DALAM KITAB PEMBUKA MATA

THE REPRESENTATION OF ABDUL KARIM AMRULLAH'S IDEOLOGY IN THE DISCOURSE OF 'NIKAH CINA BUTA' IN KITAB PEMBUKA MATA

Authors

  • Muhammad Sadiq Mohd Salihoddin Fakulti Bahasa dan Kebudayaan Asia Tenggara, Universiti Minzu Guangxi, China.
  • Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Abstract

Makalah ini memperkukuh pandangan pemikir-pemikir aliran teori kritis yang menolak pegangan aliran positivisme, iaitu keneutralan dan keobjektifan ilmu. Setiap ilmu adalah tidak neutral kerana terdapat ideologi yang mendasarinya meskipun tidak diperlihatkan secara jelas. Makalah ini membuktikan ketidakneutralan ilmu itu dengan mengkaji kitab yang dikarang oleh seorang ulama Alam Melayu yang tersohor dari Minangkabau, iaitu Abdul Karim Amrullah (lebih dikenali sebagai Haji Rasul). Beliau merupakan bapa kepada ulama dan sasterawan terkenal, iaitu Hamka. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mendeskripsikan kitab Pembuka Mata karangan Haji Rasul berdasarkan pendekatan Alur Penelitian Filologi oleh Oman Fathurrahman (2015) dan menganalisis kandungan kitab berkenaan dari segi hubung kaitnya dengan dimensi amalan sosial (ideologi) berdasarkan pendekatan Analisis Wacana Kritis oleh Fairclough (1989). Kajian ini mendapati struktur teks kitab Pembuka Mata ditulis dengan tersusun selari dengan hujah yang ilmiah dan terperinci. Walaupun kitab ini bersifat ilmiah yang membahaskan hukum nikah secara Cina buta dari perspektif pelbagai mazhab, didapati penulisannya tidak terlepas daripada ideologi aliran Muhammadiyah yang dianutinya, iaitu bersifat terbuka dalam hal ehwal fiqah dan mengangkat peranan akal serta menolak taklid buta. Kajian ini berjaya membincangkan satu kitab nadir yang bertulisan Jawi secara tersurat dan tersirat. Implikasi kajian ini dari segi epistemologi, iaitu membuktikan ilmu adalah tidak bersifat objektif dan neutral meskipun disampaikan dalam bentuk buku ilmiah. Hal ini penting kerana apabila hal-hal yang berkaitan ideologi tersembunyi itu tidak dibongkar, maka lebih mudahlah pengaruh-pengaruh Barat yang tidak sesuai dengan falsafah orang Melayu menyusup ke dalam dunia pengajian Melayu dan ini secara tidak langsung akan meminggirkan nilai-nilai tempatan yang terhasil daripada kearifan sendiri.  

 

Kata Kunci: Haji Rasul; nikah Cina buta; Analisis Wacana Kritis; ideologi; analisis teks

 

 

ABSTRACT

 

This paper reinforces the stance of critical theorists who reject the positivist assumptions of neutrality and objectivity in knowledge. All knowledge is inherently non-neutral, as it is underpinned by certain ideology, even when these are not explicitly stated. The non-neutrality of knowledge is demonstrated through an analysis of a text authored by the renowned Minangkabau scholar Abdul Karim Amrullah (better known as Haji Rasul), who was the father of the distinguished scholar and literary figure Hamka. The objectives of this study are to describe kitab Pembuka Mata written by Haji Rasul using the Philological Research Framework (Alur Penelitian Fisiologi) proposed by Oman Fathurrahman's (2015), and to analyze the content of the text in relation to the dimension of social practice (ideology) through Fairclough's Critical Discourse Analysis approach (1989). The study finds that the textual structure of kitab Pembuka Mata is systematically organized, and presented with detailed scholarly arguments. Although the text is academic in nature, discussing the Islamic legal issue of nikah Cina buta (a form of remarriage) from multiple jurisprudential perspectives, it nevertheless reflects the author's Muhammadiyah ideological orientation, characterised by openness in matters of fiqh jurisprudence, the elevation of reason, and the rejection of blind adherence (taqlid). This study successfully explicates a rare Jawi manuscript both in its explicit and implicit dimensions. From an epistemological perspective, the study affirms that knowledge is neither objective nor neutral, even when conveyed through scholarly writing. This is important because when hidden ideological elements are not uncovered, it becomes easier for Western influences that are incompatible with the Malay philosophical worldview to infiltrate the field of Malay studies, thereby indirectly marginalizing local values that stem from indigenous wisdom. 

 

Keywords: Haji Rasul; nikah Cina buta; Critical Discourse Analysis; ideology; textual analysis

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-28

How to Cite

Muhammad Sadiq Mohd Salihoddin, & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2025). REPRESENTASI IDEOLOGI ABDUL KARIM AMRULLAH MELALUI WACANA NIKAH CINA BUTA DALAM KITAB PEMBUKA MATA: THE REPRESENTATION OF ABDUL KARIM AMRULLAH’S IDEOLOGY IN THE DISCOURSE OF ’NIKAH CINA BUTA’ IN KITAB PEMBUKA MATA . Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(2), 50–68. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66244