LEKSIKAL ‘KAKI’ DALAM KORPUS SIMPULAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF

LEXICAL 'FOOT' IN IDIOM MALAY LANGUAGE BASED ON INQUISITIVE SEMANTICS

Authors

  • Nuraiwahidah Ahmad Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Anida Sarudin Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohd Sufian Ismail Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak, Malaysia.
  • Maulana Al-Fin Che Man Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, 06050 Sintok, Kedah, Malaysia.
  • Mohd Amir Mohd Zahari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohamad Nik Mat Pelet Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Teknologi Mara, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Rohayati Junaidi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan menganalisis simpulan bahasa Melayu, iaitu leksikal “kaki” dengan menggunakan korpus berdasarkan Semantik Inkuisitif. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif, iaitu analisis dokumen. Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti simpulan bahasa berdasarkan leksikal “kaki” dan semantik inkuisitif digunakan untuk mendapatkan makna yang lebih mendalam. Kajian ini berfokus kepada empat simpulan bahasa yang mempunyai leksikal “kaki” dalam korpus. Hasil dapatan menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada dua domain utama, iaitu positif dan negatif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep “kaki” merujuk kepada bahagian yang terdapat pada anggota badan, iaitu dari pinggang ke hujung jari dan secara tidak langsung kaki merupakan salah satu daripada anggota badan yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Dapatan ini juga dapat memberi gambaran keseluruhan terhadap penggunaan leksikal “kaki” selain mengetahui makna secara harfiah. Implikasi bagi kajian ini ialah guru dan murid dapat memahami maksud bukan sahaja secara harfiah namun dapat memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai simpulan bahasa. Selain itu, kajian ini juga merupakan pendedahan awal kepada murid sekolah menengah mengenai korpus untuk mereka mencari contoh teks yang berkenaan. Kajian semantik inkuisitif dapat menghuraikan makna sebenar simpulan bahasa tersebut yang memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dalam menggunakan leksikal “kaki” bagi mencerminkan atau menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat.

 

Kata kunci : simpulan bahasa; leksikal; kaki; semantik inkuisitif; korpus

 

 

 

ABSTRACT

 

This study aims to analyze Malay idioms, specifically the lexical item “kaki” (foot/ leg) using a corpus-based approach grounded in Inquisitive Semantics. The research methodology adopts a qualitative methodology through document analysis. A checklist was used to identify idioms containing the lexical item “kaki”, while the Inquisitive semantic framework is applied to obtain deeper meanings. This study focuses on four idioms that include the lexical item “kaki” within the corpus. The findings indicate that these idioms can be divided into two main domains: positive and negative. The study reveals that the concept of “kaki” refers to the part of the body, specifically from the waist to the toes, and is indirectly associated with frequent usage in daily activities. These findings also provide an overview of how the lexical item “kaki” is used, extending beyond its literal meaning. The implication of this study suggest that teachers and students can gain not only literal but also deeper comprehension of idioms. Furthermore, this study also serves as an initial introduction for secondary school students to corpus-based studies, enabling them to locate relevant text examples. The application of inquisitive semantics successfully elucidates the true meanings of these idioms, reflecting the wisdom of Malay community in early times in using the lexical item “kaki” to convey implicit messages and cultural insight.

 

Keywords : language Inference; lexical; leg; inquisitive semantics; corpus

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-28

How to Cite

Nuraiwahidah Ahmad, Anida Sarudin, Mohd Sufian Ismail, Maulana Al-Fin Che Man, Mohd Amir Mohd Zahari, Mohamad Nik Mat Pelet, & Rohayati Junaidi. (2025). LEKSIKAL ‘KAKI’ DALAM KORPUS SIMPULAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF: LEXICAL ’FOOT’ IN IDIOM MALAY LANGUAGE BASED ON INQUISITIVE SEMANTICS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(2), 69–82. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/66245