MOTIF & REKA CORAK KAIN TENGGARUNG: ANALISIS ESTETIKA DALAM SOSIO-BUDAYA MELAYU

KAIN TENGGARUNG MOTIF & DESIGN PATTERNS: AN AESTHETIC ANALYSIS IN THE MALAY SOCIO-CULTURE

Authors

  • Mohd Jamil Muhamad Amin
  • Arba’iyah Ab. Aziz

DOI:

https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.1

Keywords:

estetika; Kain Tenggarung; Melayu; sosiobudaya; tradisi agung

Abstract

ABSTRAK

 

Seni tekstil Melayu merupakan bukti tahap ketamadunan dan budaya benda di Alam Melayu. Seni tekstil di dunia juga merujuk kepada tahap pencapaian teknologi serta pembangunan sosiobudaya sesebuah tamadun manusia. Di Alam Melayu, seni tekstil menjadi perlambangan ketamadunan Melayu dari aspek sejarah, budaya, seni rupa, adat istiadat, kesenian, kepercayaan, agama dan ekonomi. Kain Tenggarung merupakan satu bentuk kesenian tekstil tradisi Melayu yang berkembang melalui hubungan perdagangan, teknologi kraf dan pembuatan tekstil tradisi Melayu serta sering dikaitkan dengan tradisi agung Melayu sejak era Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 Masihi. Dalam era globalisasi dan pasaran terbuka, banyak tekstil dari luar Semenanjung Tanah Melayu, khususnya dari India dan Pakistan, dibawa masuk ke pasaran tempatan. Keadaan ini telah menjejaskan permintaan dan pengeluaran tekstil tradisi tempatan, khususnya Kain Tenggarung, sehingga kain tersebut semakin terpinggir dan kurang dikenali oleh masyarakat masa kini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai estetika yang terdapat pada motif dan reka corak Kain Tenggarung dalam konteks sosiobudaya Melayu. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan menjadikan data primer dan sekunder sebagai sumber analisis. Teori dan prinsip estetika Melayu digunakan untuk menganalisis data serta menyokong kesahihan dapatan kajian. Kajian ini turut mendokumentasikan Kain Tenggarung sebagai tekstil tradisi Melayu yang bermutu tinggi, memelihara nilai keindahannya dan memberikan maklumat tentang koleksi tekstil tradisi Melayu dalam konteks sosiobudaya bagi kategori tradisi agung Melayu.

Kata kunci: estetika; Kain Tenggarung; Melayu; sosiobudaya; tradisi agung

 

 

ABSTRACT

 

Malay textile art reflects the level of civilisation and material culture in the Malay World. Textile art also reflects technological achievement and the sociocultural development of a civilisation. In the Malay World, textiles represent aspects of Malay civilisation, including history, culture, visual arts, customs, artistic practices, beliefs, religion, and the economy. Kain Tenggarung is a form of traditional Malay textile art that developed through trade relations, craft technology, and traditional textile production and has often been associated with the Malay grand tradition since the era of the Malacca Sultanate around the fifteenth century. With globalisation and the expansion of open markets, many textiles from outside the Malay Peninsula, particularly from India and Pakistan, have entered the local market. This development has affected the demand for and production of local traditional textiles, especially Kain Tenggarung, which has become increasingly marginalised and less familiar to contemporary society. This study aims to identify the aesthetic values found in the motifs and design patterns of Kain Tenggarung within the Malay sociocultural context. It employs a descriptive qualitative approach using primary and secondary data. Malay aesthetic theory and principles are used to analyse the data and support the validity of the findings. The study also documents Kain Tenggarung as a high-quality traditional Malay textile, preserves its aesthetic value, and provides information on Malay traditional textile collections within the Malay grand tradition.

Keywords: aesthetics; Kain Tenggarung; Malay; sociocultural; grand tradition

Downloads

Published

2026-04-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

MOTIF & REKA CORAK KAIN TENGGARUNG: ANALISIS ESTETIKA DALAM SOSIO-BUDAYA MELAYU: KAIN TENGGARUNG MOTIF & DESIGN PATTERNS: AN AESTHETIC ANALYSIS IN THE MALAY SOCIO-CULTURE. (2026). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 37(1), 1-16. https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.1

Similar Articles

1-10 of 181

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)