SUBJEKTIVITI DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI SUBJECTIVITY IN SELECTED FAISAL TEHRÃ…NI'S NOVELS

Main Article Content

Fauzi Hassan
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Madiawati Mamat@Mustaffa

Abstract

Kehadiran Faisal Tehrani dalam ujana kesusasteraan tanah air telah
membawa kesan dan pengaruh tersendiri melalui karya-karya yang
dihasilkannya. Kedudukan dan ketokohan beliau begitu menyerlah
dalam menghasilkan novel berbanding dengan genre sastera lainnya.
Novel-novel yang dihasilkannya menunjukkan perubahan dan
kelainan tersendiri, khususnya daripada aspek tema, pemikiran, teknik
penceritaan, gaya bahasa dan latarnya. Sehubungan itu, penulisan ini
akan meneliti aspek subjektiviti yang diungkapkan dalam lima buah
novel yang dihasilkannya. Novel-novel tersebut ialah Perempuan
Politikus Melayu, Tunggu Teduh Dulu, Bahlut, Bagaimana Anyss Naik
Ke Langit? dan Profesor. Kajian ini akan menggunakan Teori
Teksdealisme yang digagaskan oleh Mana Sikana dengan mengambil
prinsip individualisme. Teori ini mengutarakan empat prinsip untuk
mengkaji keunggulan kepengarangan, iaitu prinsip kehadiran,
perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. Bagi menganalisis
aspek subjektiviti, kajian ini mengambil satu prinsip sahaja,
iaitu prinsip individualisme. Dalam prinsip individualisme ini
mengemukakan empat aspek untuk menentukan pembentukan jati diri
pengarang, iaitu subjektiviti, stail individu, tindakan individu dan
kedirian individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani mengemukakan pelbagai subjektiviti berdasarkan pengalaman,
penelitian dan pengkajiannya. Melalui subjektiviti yang diungkapkan
telah membina imej dalam kepengarangannya.
Kata kunci: Subjektiviti, stail individu, tindakan individu, kedirian
individu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hassan, F., Tengku Mohd Ali, T. I. M., & Mamat@Mustaffa, M. (2019). SUBJEKTIVITI DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI: SUBJECTIVITY IN SELECTED FAISAL TEHRÃ…NI’S NOVELS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 28–52. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21222
Section
Articles