“GO-BLOCK” 2009: SATU TINJAUAN TERHADAP SENI CETAK ALTERNATIF KONTEMPORARI MALAYSIA GO-BLOCK" 2009: REVIEW OF MALAYSIAN CONTEMPORARY ALTERNATIVE PRINTS

Main Article Content

Hamidi Abdul Hadi
Sabzali Musa Khan
Nor Azlin Hamidon
Zahirah Harun

Abstract

Makalah ini adalah kajian tinjauan ke atas Pameran Seni Cetak
berjudul “GO-BLOCK â€1 yang telah berlangsung di Galeri Petronas,
2009. Pada tahun tersebut, boleh dikatakan sebagai yang pertama kali
menghimpunkan sejumlah seniman visual tanah air untuk meneroka dan menghasilkan karya seni cetak alternatif. Pameran tersebut telah
berlangsung dalam skala yang besar dan memfokuskan kepada
kepelbagaian kemungkinan dalam pengolahan bentuk seni cetak.
Berdasarkan perkembangan tersebut, pameran ini telah mencetuskan
satu usaha dalam memperkenalkan potensi seni cetak dalam
perkembangan wacana seni tanah air. Keseluruhan karya dalam
pameran ini dilihat melampaui bentuk dan tafsiran seni cetak
konvensional maka secara langsung mencabar kefahaman biasa dalam
pendefinisian seni cetak itu. Sebagai pengenalan awal, fokus kajian
akan tertumpu kepada beberapa buah karya dalam pameran tersebut,
iaitu karya yang berciri instalasi. Karya tersebut berciri tiga dimensi,
penggunaan bahan dan aplikasi teknik yang diluar kebiasaan seni cetak
konvensional yang lebih bercirikan dua dimensi permukaan kertas.
Perbezaan ini mencetuskan persoalan nilai dan definisi pengkategorian
seni ini dalam konteks seni cetak, justeru objektif kajian ini cuba
mengenalpasti kemungkinan konsep yang menjadi prinsip asas kepada
penghasilan karya tersebut. Bagi mencapai objektif kajian ini kaedah
observasi dan apresiasi seni daripada Edmund Burke Feldman
digunakan. Dapatan ini diharap mampu memberikan kefahaman
mendalam dan memperluaskan perspektif, sudut pandang dan
memperkayakan perbendaharaan kata bahasa visual cetakan tanah air.
Karya yang dihasilkan dalam pameran ini boleh didaftarkan sebagai
cetusan dan lontaran idea seniman terhadap usaha memperluaskan
konsep seni cetak yang selama ini hanya dilihat dalam konteks aplikasi
konvensional. Maka pelbagai kaedah pengolahan dari aspek bahan,
teknik dan manipulasi ruang fizikal, cahaya dan bayang yang
melampaui kaedah tradisi seni cetak konvensional. Pameran ini telah
menunjukkan kejayaan usaha mengembangkan dan memajukan
disiplin cetak seni melalui lontaran idea seni cetak yang ditafsirkan
dalam bentuk yang lebih terbuka dan mencabar kefahaman tradisi seni
cetak dalam konteks seni visual tempatan.
Kata kunci: Seni cetak, pameran “GO-BLOCKâ€, definisi cetakan, tema
dan gaya baru.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hadi, H., Musa Khan, S., Hamidon, N. A., & Harun, Z. (2019). “GO-BLOCK” 2009: SATU TINJAUAN TERHADAP SENI CETAK ALTERNATIF KONTEMPORARI MALAYSIA: GO-BLOCK" 2009: REVIEW OF MALAYSIAN CONTEMPORARY ALTERNATIVE PRINTS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 71–91. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21224
Section
Articles