KONSEP KESEJAGATAN DALAM PENTERJEMAHAN KATA BUDAYA UNIVERSALISM CONCEPT IN CULTURAL WORDS TRANSLATION

Main Article Content

Wan Halizawati Wan Mahmood
Puteri Roslina Abdul Wahid
Lawrence Nathaniel Ross

Abstract

Penterjemahan secara umumnya dikaitkan dengan proses memindahkan
satu bahasa kepada bahasa yang lain. Walau bagaimanapun,
pendefinisian konsep terjemahan sebegini perlu dilihat dari perspektif
yang lebih luas lagi. Hal ini demikian kerana terjemahan bukan sahaja
menterjemah bahasa tetapi juga menterjemah keseluruhan alam, iaitu
budaya, norma, pemikiran, ideologi, persepsi, cara hidup, dan banyak
lagi. Kajian ini menganalisis konsep kesejagatan dari sudut domestikasi
dan kesamaan fungsian dalam penterjemahan kata budaya dengan
mengambil sampel kategori kata budaya bahasa Inggeris ke dalam
bahasa Melayu daripada sumber dalam talian Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Kategori
kata budaya disesuaikan daripada pengkelasan yang dikategorikan oleh
Newmark (1988), manakala konsep domestikasi dalam penterjemahan
mengguna pakai gagasan teori strategi domestikasi oleh Venuti (1995),
dan akhir sekali kesamaan fungsian dalam penterjemahan didasarkan
daripada Nida (1964), iaitu kesamaan dinamik atau fungsian - makna
asal yang diterjemahkan mampu membawa makna sasaran yang
memiliki impak, kesan dan semangat yang sama terhadap pembaca
sasaran. Bagi tujuan kajian ini, batasan kata budaya terdiri daripada
empat kategori sahaja iaitu adat kepercayaan, bahasa, material, dan sosial yang disesuaikan daripada pengkelasan Newmark. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa konsep kesejagatan wujud untuk
memberikan nafas tempatan (domestikasi) dalam penterjemahan kata
budaya bahasa Inggeris ke dalam kata budaya bahasa Melayu, sama
ada dari segi ketersediaan penterjemahan satu lawan satu yang bersifat
kesamaan dinamik atau fungsian sejadi yang terdekat, atau kesamaan
perkataan daripada kelas kata yang sama. Perkara ini sudah tentu
merapatkan lagi kelompangan makna penterjemahan budaya yang
sering dihadapi oleh penterjemah. Akhir sekali, kajian ini diharap
dapat dikembangkan lagi untuk melihat kesejagatan yang berlaku
dalam penterjemahan kata budaya daripada kategori-kategori yang lain.


Kata kunci: Budaya, kesejagatan, domestikasi, kesamaan fungsian,
penterjemahan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Mahmood, W. H., Abdul Wahid, P. R., & Nathaniel Ross, L. (2019). KONSEP KESEJAGATAN DALAM PENTERJEMAHAN KATA BUDAYA: UNIVERSALISM CONCEPT IN CULTURAL WORDS TRANSLATION. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 211–235. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21231
Section
Articles