PEMIKIRAN ABANG YUSUF PUTEH TERHADAP BUDAYA ONDOR RARAT MASYARAKAT MELAYU SARAWAK

Main Article Content

Awang Kasmurie Awang Kitot
Arba’iyah Mohd Noor

Abstract

Makalah ini berkaitan dengan pemikiran Abang Yusuf Puteh terhadap budaya ondor rarat masyarakat Melayu Sarawak melalui penulisan beliau terhadap masyarakat Melayu pesisir di Sarawak. Corak kehidupan di kawasan perkampungan Melayu yang miskin di Kalaka, Saratok, Sarawak banyak mendedahkan beliau pada sikap negatif masyarakat Melayu di pesisiran. Pengalaman menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan negeri sering mendekatkan beliau kepada pelbagai kelompok masyarakat. Di samping itu, perkhidmatan beliau dalam dua zaman pentadbiran yang berbeza menjelaskan lagi dilema yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Sarawak dalam mengecapi kemajuan, iaitu ketika pentadbiran Koloni British pada 1946-1963 dan setelah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Setelah bersara, beliau banyak menulis tentang masyarakat Melayu Sarawak lebih-lebih lagi yang berkisar tentang soal kemiskinan masyarakat Melayu. Sikap negatif yang sering menjadi tunjang dalam kehidupan seharian masyarakat dikaitkan kepada punca kesukaran kehidupan yang dihadapi oleh orang Melayu. Dalam kajian ini, sikap negatif yang dikenali sebagai ondor rarat yang menjadi pemangkin kepada kemunduran masyarakat Melayu Sarawak akan diperjelaskan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berdasarkan dua kaedah, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pemikiran Abang Yusuf Puteh terhadap sikap negatif masyarakat Melayu Sarawak. Hasil
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 27, 2016
kajian ini mendapati bahawa sikap negatif masyarakat Melayu Sarawak mampu mengekang orang-orang Melayu daripada mencapai kemajuan. Sikap yang boleh memundurkan masyarakat perlu ditransformasi demi kemajuan orang Melayu Sarawak. Hal ini demikian kerana kemunduran terus menjadi identiti di kalangan masyarakat Melayu Sarawak yang terkesan daripada sikap-sikap negatif yang tidak selari dengan perkembangan dunia dewasa ini. Kesinambungannya, perubahan harus diperkasa terhadap sikap orang Melayu supaya amalan ini tidak terus mengongkong pemikiran masyarakat dalam usaha untuk menjadi masyarakat yang progresif dan dinamik.
Kata kunci: Pemikiran, Ondor Rarat, Sikap, Masyarakat Melayu Sarawak.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Awang Kitot, A. K., & Mohd Noor, A. (2020). PEMIKIRAN ABANG YUSUF PUTEH TERHADAP BUDAYA ONDOR RARAT MASYARAKAT MELAYU SARAWAK. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 107–134. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25644
Section
Articles