PEMIKIRAN NUR AL-DIN AL-RANIRI DALAM HUKUM ZAKAT: ANALISIS KITAB AL-SIRAT AL-MUSTAQIM

Main Article Content

Muhammad Ikhlas Rosele
Mohd Anuar Ramli

Abstract

Nur al-Din al-Raniri merupakan tokoh awal dalam bidang fiqh di Alam
Melayu. Beliau menjadi perintis kepada penyambungan legasi mazhab
Syafi’i dalam masyarakat Melayu di Nusantara. Antara karya beliau
dalam bidang fiqh yang masyhur adalah al-Sirat al-Mustaqim, iaitu
karya ringkas yang membincangkan tentang hukum Islam dalam
bidang yang terhad iaitu taharah, solat, zakat, puasa, haji, perburuan
dan penyembelihan, serta bab makanan. Justeru, artikel ini akan
membincangkan tentang pemikiran Nur al-Din al-Raniri khususnya
dalam aspek zakat sahaja. Hasil kajian mendapati, beliau
membincangkan aspek zakat dengan diterapkan beberapa nilai
tempatan dalam perbahasan. Misalnya kadar timbangan zakat emas
dengan timbangan Aceh, bentuk ukuran awsuq dengan kadar Aceh,
jenis zakat pertanian dengan tanaman tempatan dan jenis zakat haiwan
ternakan yang merujuk kepada haiwan tempatan di Alam Melayu.



Kata kunci: zakat, Nur al-Din al-Raniri, Alam Melayu, fiqh, al-Sirat
al-Mustaqim

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Rosele, M. I., & Ramli, M. A. (2020). PEMIKIRAN NUR AL-DIN AL-RANIRI DALAM HUKUM ZAKAT: ANALISIS KITAB AL-SIRAT AL-MUSTAQIM. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 237–255. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25685
Section
Articles