CABARAN HIDUP PENGHIDAP HIV DALAM KALANGAN WANITA LIFE CHALLENGE OF HIV-POSITIVE AMONG WOMEN

Main Article Content

Mashrom Muda

Abstract

Abstract
The spread of the human immunodeficiency virus (HIV) has been detected for almost 40 years, beginning in the 1980s and still remains a global health issue. HIV-positive infections can now be detected in almost all countries, including Malaysia. The cross-border, complex, dynamic and unpredictable nature of HIV makes the epidemic a global issue and not simply a domestic issue of any particular country. The changing trends of infection are also causing fear to many as more cases are being detected among individuals not involved in risky activities, such as drug abuse and prostitution among women and teenagers. Consequently, the challenges faced by persons with HIV are different for every segment. Specifically, HIV-positive women (PHW) have also been found to face more severe consequences than their male counterparts due to factors such as inequality of power and opportunities and gender differences. This study is conducted to examine the challenges and their effects to understanding what PHWs face. A qualitative study conducted on 20 PHWs found various challenges faced by these women, such as unstable health; being stigmatised and discriminated against; and negatively labelled by family members and members of society in various situations. The challenges faced by the PHWs indirectly affect many aspects of their lives, such as receiving insufficient social support; denied rights and opportunities to seek treatment and employment; barred from community activities; inability to make decisions; and always being in a state of grief, frustration and stress. Therefore, support is desperately needed by the PHW to rebuild their lives.
Keywords: HIV-positive, women sufferers, challenges, stigma, discrimination


Abstrak
Penularan wabak Human Immunodeficiency Virus atau HIV positif telah dikesan sejak hampir 40 tahun (bermula tahun 1980-an) yang lalu, namun statusnya kini masih lagi kekal sebagai isu kesihatan global. Kini, jangkitan HIV positif dapat dikesan hampir keseluruhan negara di dunia, termasuk Malaysia. Sifat HIV positif yang merentasi sempadan, kompleks, dinamik dan sukar diramal jangkitannya itu telah menjadikan wabak HIV positif ini isu sejagat dan bukan isu dalaman sesebuah negara sahaja. Corak jangkitan yang sentiasa berubah-ubah mendatangkan kegerunan kepada banyak pihak kerana kini kes HIV positif lebih banyak dikesan dalam kalangan individu yang tidak terlibat dengan kegiatan berisiko seperti menagih dadah atau kes pelacuran yang melibatkan wanita dan gadis remaja. Menjalani kehidupan sebagai seorang penghidap HIV positif adalah berbeza bagi setiap kumpulan. Bagi penghidap HIV positif wanita (PHW), mereka sebenarnya menerima kesan yang lebih teruk berbanding penghidap lelaki disebabkan faktor seperti ketaksamaan kuasa, perbezaan jantina dan peluang yang tidak sama rata. Bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh PHW, satu penelitian telah dilakukan untuk mengetahui bentuk-bentuk cabaran dan kesannya kepada kehidupan masyarakat. Kajian kualitatif yang melibatkan seramai 20 orang PHW mendapati bahawa, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti tahap kesihatan yang tidak menentu, distigma, didiskriminasikan dan diberikan label negatif oleh ahli keluarga sendiri dan anggota masyarakat dalam pelbagai situasi. Cabaran yang dihadapi oleh PHW secara tidak langsung menjejaskan banyak aspek dalam kehidupan mereka seperti tidak mendapat sokongan sosial, dinafikan hak dan peluang untuk mendapatkan rawatan, pekerjaan, aktiviti bermasyarakat, tidak bebas membuat keputusan serta sentiasa dalam keadaan bersedih, kecewa dan tekanan. Sehubungan dengan itu, sokongan sangat diperlukan oleh PHW untuk membina kembali kehidupan mereka.
Kata Kunci: HIV positif, penghidap wanita, cabaran, stigma, diskriminasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mashrom Muda. (2021). CABARAN HIDUP PENGHIDAP HIV DALAM KALANGAN WANITA: LIFE CHALLENGE OF HIV-POSITIVE AMONG WOMEN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 32(2), 74–93. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/33182
Section
Articles