PEMUGARAN PERUBAHAN MAKNA KATA PINJAMAN BAHASA THAI DALAM DIALEK MELAYU PATANI

THE SEMANTIC RESTORATION OF THAI LOANWORDS IN THE PATANI MALAY DIALECT

Authors

  • Abdonloh Khreeda-oh Faculty of Humanities and Social Sciences, Prince of Songkla University, Pattani Campus Thailand
  • Hishamudin Isam Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun, dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Malaysia
  • Mashetoh Abd Mutalib Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun, dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Abstract
Lexical borrowing occurs when two languages come into close contact, either within or outside the language family. For instance, the Pattani Malay dialect (DMP) spoken at the southern border of Thailand has extensively borrowed from the Thai language (BTh) to facilitate the comprehension of new concepts foreign to its speakers. Previous studies on lexical borrowing from BTh to the DMP are limited to the listing of loanwords and their meanings and have only scraped the surface of the field. Therefore, this paper aims to reexamine the BTh loanwords in the DMP vis-à-vis comparison of meaning based on their developing features (word class, meaning or both). The DMP data were extrapolated from two DMP dictionaries, the DMP-PSU 1 Dictionary (1984) and the DMP-PSU 2 Dictionary (2010). Data on BTh were collected from the Institut Pendeta Diraja Thai 2011 Dictionary (2013). The data analysis was initiated by the identification of BTh loanwords in the DMP based on set criteria before categorising them based on the grammatical classes of nouns, verbs and adjectives. The loanword meanings for each class were then compared to their counterparts in the BTh to evaluate the occurrence of semantic change. The results showed occurrences of both semantic retention and change in the two languages. Specifically, there were three categories of change concerning the lexical borrowings of BTh into the DMP, namely the processes of broadening, narrowing, and substitution (of word class, meaning or both). Consequently, these changes, or adaptations, sustain the need for words in daily communication while enriching the corpus and lexical items of the DMP.

Keywords: Patani Malay dialect, loanwords, semantic broadening, semantic narrowing, semantic substitution.

Abstrak
Peminjaman dalam sesuatu bahasa terjadi apabila berlakunya pertembungan antara dua bahasa baik sesama rumpun atau dari luar rumpun. Di wilayah sempadan selatan Thai, Dialek Melayu Patani (DMP) telah meminjam kosa kata bahasa Thai (BTh) secara berleluasa demi memenuhi keperluan untuk menjelaskan konsep-konsep baharu yang tiada dalam masyarakat penutur DMP. Terdapat banyak kajian-kajian lalu berkaitan peminjaman kata BTh dalam DMP tetapi kajian tersebut terhad kepada penyenaraian kosa
kata pinjaman bersama dengan makna daripada BTh. Perbincangan kajian-kajian lalu pula bersifat permukaan dan secara sepintas lalu sahaja. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menyemak semula kata-kata pinjaman BTh dalam DMP berdasarkan perbandingan makna kedua-dua kata daripada aspek perubahan. Data DMP diperoleh daripada dua buah kamus DMP, iaitu Kamus DMP-PSU 1 (1984) dan Kamus DMP-PSU 2 (2010), manakala data BTh yang dijadikan perbandingan diperoleh daripada Kamus Institut Pendeta Diraja Thai 2011 (2013). Analisis data kajian bertitik tolak daripada pengenalpastian kata pinjaman BTh dalam DMP melalui ciri-ciri yang ditetapkan. Kata-kata pinjaman tersebut dikelompokkan pula kepada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Makna bagi setiap
jenis kata pinjaman dibandingkan dengan makna kata BTh yang merupakan bahasa sumber untuk melihat proses perubahan makna yang berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kata pinjaman yang masih mengekalkan makna asal daripada BTh dan juga katakata yang mengalami perubahan makna. Secara spesifik, telah berlaku tiga jenis perubahan berdasarkan proses peminjaman BTh dalam DMP, iaitu proses peluasan, penyempitan dan pertukaran. Perubahan yang dianggap sebagai suatu bentuk penyesuaian ini bukan hanya dapat menampung keperluan penggunaan kata-kata dalam komunikasi seharian, malah hasil peminjaman ini dapat memperkayakan lagi korpus dan perbendaharaan kata DMP.

Kata Kunci: Dialek Melayu Patani, kata pinjaman, peluasan makna, penyempitan makna,
pertukaran makna

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-04-22

How to Cite

Abdonloh Khreeda-oh, Hishamudin Isam, & Mashetoh Abd Mutalib. (2022). PEMUGARAN PERUBAHAN MAKNA KATA PINJAMAN BAHASA THAI DALAM DIALEK MELAYU PATANI: THE SEMANTIC RESTORATION OF THAI LOANWORDS IN THE PATANI MALAY DIALECT. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(1), 1–16. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/36427

Issue

Section

Articles