GELANDANGAN DALAM KALANGAN BELIA DAN KANAK-KANAK TERBIAR DI MALAYSIA: SATU PERBINCANGAN HOMELESSNESS AMONG ABANDONED CHILDREN AND YOUTH IN MALAYSIA: A DISCUSSION

Main Article Content

Mohd Alif Jasni
Nazirah Hassan
Fauziah Ibrahim
Mohammad Rahim Kamaluddin

Abstract

Abstract
Malaysia must take the issue of homelessness seriously. Specifically, the homelessness of
abandoned children and youths has increased over time due to poverty and the breakdown of
the family unit. This phenomenon among the young may negatively impact education, the
economy and society. Hence, this paper intends to discuss cultural factors that could have
caused homelessness among the subjects, its effects and suggested intervention measures.
The study showed that the lack of education among parents, the deaths and losses of family
members, and poverty were the main factors leading to homelessness among the young.
Consequently, the homeless young become vulnerable to promiscuity, failure in school, illness and crime. Hence, intervention measures like establishing an action plan by the
authorities and deriving solutions from the community, parents and non-governmental
organisations (NGOs) are recommended. Such discussions could provide information to the
authorities, such as the Department of Social Welfare (JKM), in determining further action
and improving the approaches to help them. Steps like these may also improve the welfare
services provided by the government and NGOs when distributing basic needs and social
support to the target group.



Keywords: homelessness, youth, children, education, poverty



Abstrak
Isu gelandangan merupakan salah satu isu utama yang perlu dipandang serius di Malaysia.
Masalah gelandangan golongan kanak-kanak dan belia dilihat semakin meningkat dari
semasa ke semasa kerana faktor kemiskinan dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Isu
gelandangan dalam kalangan kanak-kanak dan belia mampu memberi impak yang negatif
dalam pendidikan, ekonomi dan sosial. Makalah ini akan membincangkan faktor budaya
yang menyebabkan golongan kanak-kanak dan belia bergelandangan, kesan dan intervensi
kepada masalah gelandangan dalam golongan belia dan kanak-kanak. Faktor ibu bapa kurang
ilmu, kematian dan kehilangan ahli keluarga, serta latar belakang keluarga yang miskin
didapati menjadi faktor belia dan kanak-kanak bergelandangan. Gelandangan belia dan
kanak-kanak mudah terjebak dalam pergaulan bebas, keciciran dalam pendidikan, tahap
kesihatan yang terjejas dan penglibatan dalam jenayah. Langkah intervensi seperti penubuhan
pelan tindakan oleh pihak berwajib dan saranan penyelesaian oleh masyarakat, ibu bapa, serta
Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dibincangkan. Perbincangan sebegini dapat memberi
maklumat kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam
menentukan tindakan dan menambahbaik kaedah yang digunakan dalam membantu golongan
gelandangan belia dan kanak-kanak. Oleh itu, kaedah tersebut dapat diaplikasikan untuk
menambah baik perkhidmatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan semasa menyalurkan
keperluan asas serta sokongan sosial kepada golongan ini.



Kata Kunci: isu gelandangan, kanak-kanak, belia, Pendidikan, kemiskinan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Alif Jasni, Nazirah Hassan, Fauziah Ibrahim, & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2022). GELANDANGAN DALAM KALANGAN BELIA DAN KANAK-KANAK TERBIAR DI MALAYSIA: SATU PERBINCANGAN: HOMELESSNESS AMONG ABANDONED CHILDREN AND YOUTH IN MALAYSIA: A DISCUSSION. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 98–117. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39755
Section
Articles