FAKTOR KECICIRAN MURID-MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA (FALL BEHIND FACTORS OF MALAYSIAN PRIMARY SCHOOL PUPILS IN “PROGRAM PEMULIHAN KHAS”)

Main Article Content

Nur Faizahton Saidin
Nur Azimah Mohd Bukhari

Abstract

Abstract



The Ministry of Education Malaysia (MOE) has discovered that pupils were falling behind in
Malay language literacy and sought to remedy the situation through the implementation of
specific measures. This concept paper aims to identify factors that can contribute to that
phenomenon among pupils under the “Program Pemulihan Khas” (Special Recovery
Programme). Some factors were the impact of the COVID-19 pandemic, poor reading skills and
the lack of appropriate usage of “Bahan Bantu Mengajar” (BBM) (teaching aids). Subsequently,
the paper elucidates measures executed by various parties, like teachers, schools, MOE and the
authorities, to overcome the phenomenon. For instance, the provision of guidance by teachers,
the introduction of remedial education programmes and the utilisation of BBMs were employed
to sustain the pupils. In conclusion, continuous effort and commitment from all parties are
required to propel the education sector in line with globalisation. This study is expected to
catalyse deeper research to bridge the educational gap in Malaysia. An examination of the
implications of poor literacy on society and the country can be conducted for further research.



Keywords: fall behind, literacy, education, remedial, COVID-19


 


Abstrak



Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa masih ada keciciran murid dalam
penguasaan literasi bahasa Melayu. Justeru itu, untuk meningkatkan keupayaan literasi murid
dalam pembelajaran bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat anjakan
besar dengan melaksanakan beberapa langkah efektif dalam mengekang isu ini. Sehubungan
dengan itu, kertas konsep ini bertujuan memperincikan beberapa faktor yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang berlakunya keciciran murid-murid Pemulihan Khas dalam Pendidikan. Antaranya penularan pandemik COVID-19, kemahiran membaca yang sangat lemah, kekurangan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian, serta terdapat beberapa beberapa
faktor dalaman dan luaran telah dikenal pasti sebagai antara punca keciciran pembelajaran
murid-murid Pemulihan Khas. Oleh itu, langkah- langkah mengatasi berlakunya keciciran turut
diperincikan. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak terutamanya guru,
sekolah, kementerian mahupun kerajaan dalam membendung penularan masalah ini. Antaranya
adalah bimbingan daripada guru-guru, program pendidikan pemulihan, dan penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) untuk menarik minat pelajar supaya tidak tercicir. Usaha dan komitmen
yang berterusan daripada semua pihak perlu dilakukan bagi melonjakkan sektor pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi selaras dengan era globalisasi terkini. Kajian ini diharapkan dapat
menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya bagi merapatkan jurang pendidikan di Malaysia.
Bagi lanjutan kajian, dicadangkan untuk mengkaji kesan dan implikasi terhadap masyarakat dan
negara akibat daripada keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.



Kata Kunci: keciciran, literasi, pendidikan, pemulihan khas, COVID-19

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Nur Faizahton Saidin, & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2023). FAKTOR KECICIRAN MURID-MURID PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA: (FALL BEHIND FACTORS OF MALAYSIAN PRIMARY SCHOOL PUPILS IN “PROGRAM PEMULIHAN KHAS”). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(1), 26–48. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/43357
Section
Articles