PENGARUH ETNIK DALAM PEMBENTUKAN PARTI-PARTI POLITIK AWAL DI SARAWAK, 1959-1963 (THE INFLUENCE OF ETHNICITY IN THE FORMATION OF EARLY POLITICAL PARTIES IN SARAWAK, 1959-1963)

Main Article Content

Anita Junaidi
Noorlizawati Wan Mat Ali

Abstract

Abstract



This paper discusses the influence of ethnicity in the formation of early political parties in
Sarawak. The cession of Sarawak to the British government has led to the emergence of the
people’s nationalism awareness leading to the formation of political parties in Sarawak.
Discussion is done through the library method by analysing books, dissertation and articles by
previous researchers. The results of this study found that the plurality of races in Sarawak
played a significant role in shaping the political pattern in Sarawak. The evidence can be seen in
the formation of political parties that are heavily influenced by racial elements. Thus, ethnic
factors have become the main factor in the formation of political parties in Sarawak. This
considering that the purpose of establishing the parties is to safeguard the interests of their
respective races. Therefore, the influence of ethnicity in a party can be seen according to the
composition of party membership which is dominated by certain races. However, there are also
several other factors that influence the formation of early political parties in Sarawak. Among
them are, differences in idealism, the effects of the 1956 municipal elections, the desire for
independence, regional sentiments and the influence of a party's ideology. Overall, this study can
disclose to the public that the racial nature has been rooted in political parties in Sarawak since
the beginning. Therefore, it is suggested for the future studies, the researcher can analyse
whether this race-based party has an impact on the political development in Sarawak.



Keywords: ethnic influence, formation, political party, Sarawak, factor


 


Abstrak



Kajian ini membincangkan pengaruh etnik dalam pembentukan parti politik awal di Sarawak.
Penyerahan Sarawak kepada British telah menyebabkan munculnya kesedaran nasionalisme
dalam kalangan masyarakat di Sarawak sehingga membawa kepada pembentukan parti politik di
Sarawak. Perbincangan dalam kajian ini dilakukan melalui kaedah kepustakaan dengan
menganalisis buku, disertasi dan artikel-artikel pengkaji-pengkaji terdahulu. Hasil kajian ini
mendapati kemajmukan kaum di Sarawak memainkan peranan besar dalam membentuk struktur
politik di Sarawak. Buktinya dapat dilihat dalam pembentukan parti politik yang banyak
dipengaruhi oleh unsur perkauman. Oleh sebab itu, faktor etnik telah menjadi faktor utama
dalam pembentukan parti politik di Sarawak memandangkan tujuan penubuhan parti-parti
tersebut adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Perkara ini dilihat dalam
matlamat penubuhan parti-parti tersebut. Pengaruh etnik dalam sesebuah parti akan dapat
dikesan melalui komposisi keahlian parti yang didominasi oleh kaum-kaum tertentu. Walau
bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi pembentukan parti politik
awal di Sarawak seperti perbezaan idealisme, kesan pilihan raya perbandaran 1956, keinginan
untuk merdeka, sentimen kedaerahan serta pengaruh ideologi sesebuah parti. Secara
keseluruhannya, kajian ini dapat mendedahkan masyarakat bahawa sifat perkauman telah berakar
umbi dalam parti-parti politik di Sarawak sejak dari awal lagi. Oleh itu, dicadangkan untuk
kajian akan datang, pengkaji boleh mengupas sama ada parti berasaskan kaum ini memberi
impak kepada perkembangan politik di Sarawak.


Kata Kunci: pengaruh etnik, pembentukan, parti politik, Sarawak, faktor

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Anita Junaidi, & Noorlizawati Wan Mat Ali. (2023). PENGARUH ETNIK DALAM PEMBENTUKAN PARTI-PARTI POLITIK AWAL DI SARAWAK, 1959-1963: (THE INFLUENCE OF ETHNICITY IN THE FORMATION OF EARLY POLITICAL PARTIES IN SARAWAK, 1959-1963). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(1), 49–66. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/43358
Section
Articles